NUFFNANG

Saturday, 19 July 2014

Mayat penumpang MH17 mula mereput, terdedah udara luar

Mayat penumpang MH17 mula mereput, terdedah udara luar

Wilayah Donetsk kini dikuasai militan pro Russi yang menafikan bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu terhadap MH17 yang dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Askar bersenjata itu menghalang kumpulan OSCE daripada masuk ke kawasan kejadian."Kami dah minta izin untuk berjumpa dan pemimpin dan komander mereka tetapi tiada siapa yang muncul"Ada seorang lelaki yang berseragam, lengkap bersenjata dan kelihatan mabuk menghalau semua orang termasuk wartawan," kata Bociurkiw.Katanya, kawasan kejadian tidak dikawal ketat apabila wartawan dilihat berlegar sekitar bangkai serpihan untuk membuat laporan, kata CNN.
"Kawalan keselamatan agak longgar. Mereka sepatutnya meletakkan tanda larangan jika tidak orang ramai akan merosakkan bahan bukti."Jadi banyak kerja yang perlu dilakukan dengan cepat," katanya.Konvensyen antarabangsa mengarahkan pihak berkuasa Ukraine supaya menjalankan siasatan ekoran pesawat ditembak di ruang udara.Namun dengan bilangan anggota pasukan yang sedikit, mereka memerlukan lebih ramai tenaga bantuan untuk mengendalikan 298 mayat yang bertaburan disekitar kawasan padang.Kementerian Luar Ukraine semalam dilaporkan berkata setakat ini 181 mayat berjaya dikutip.Pasukan bantuan kecemasan dilaporkan berkata, kebanyakan mayat sudah hancur dan sukar dikenal pasti sama ada lelaki atau wanita, manakala yang lain ditemui masih elok tanpa kesan calar.
Beberapa mayat dijumpai disebalik serpihan pesawat dan ada yang ditemui ditempat mereka terjatuh.Wartawan bebas Noah Sneider yang melawat kawasan kejadian memberitahu CNN bahawa ada penumpang yang ditemui mati ditempat duduk dengan memakai fon kepala.
Ada penumpang yang berpakaian santai untuk percutian tropika dengan bersluar pendek dan berselipar, manakala naskhah percutian di Bali juga dilihat antara barang yang ditemui bersepah dikawasan kejadian.
Tidak pasti siapa yang mengawal selia, atau sama ada mayat terbabit dilayan dengan bermaruah, kata CNN.Puak pemisah Ukraine kini dalam siasatan, ekoran dituduh bekerjasama dengan Russia yang bertanggungjawab atas pesawat MH17.Sementara itu, suhu musim panas dijangka memberi kesan kepada mayat yang masih bertaburan di sekitar kawasan padang.
Sekarang ni cuaca masih sejuk. Tetapi jika esok panas, keadaan mungkin menjadi teruk," kata Bociurkiw. – 19 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mayat-penumpang-mh17-mula-mereput-terdedah-udara-luar#sthash.NmabahLE.dpuf

source : mi

No comments: