NUFFNANG

Saturday 26 July 2014

ISU MB SELANGOR : ANWAR SEMAKIN TERTEKAN & MERANA ….

ISU MB SELANGOR : ANWAR SEMAKIN TERTEKAN & MERANA ….

Sebelum ini Abdul Hadi PAS telah mengeluarkan kenyataan yang memeritkan hati Anwar Ibrahim apabila mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor.



Di bawah pula adalah respons Khalid Ibrahim :
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan penghargaan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan supaya beliau terus menerajui kerajaan Selangor sehingga akhir penggal pentadbirannya. 
Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini berkata, sokongan Abdul Hadi terhadapnya dilihat amat bermakna seterusnya
Pendirian tegas Abdul Hadi PAS yang menolak pilihan Anwar Ibrahim bukan sahaja memeritkan tetapi mencabar kepimpinan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Ianya semakin menjadi bahan lawak rakyat terutamanya rakyat Selangor yang memandang Anwar Ibrahim semakin tidak relevan di dalam Pakatan Pembangkang.

Pemilihan Wan Azizah seperti yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim itu sahaja telah menjadi bahan lawak rakyat. Beliau yang selama ini kerap menuduh Barisan Nasional mengamalkan kronisme dan nepotisme tetapi beliaulah yang sebenarnya mengamalkan budaya negatif tersebut.

Sikap desperado Anwar Ibrahim ini sudah dapat dibaca. Beliau berdepan dengan kes mahkamah yang berkemungkinan akan memutuskan beliau layak menjadi warga penjara Sungai Buloh untuk satu tempoh yang lama. 

Dengan usia beliau yang semakin senja dan dilihat semakin tidak relevan di dalam Pakatan, beliau terpaksa meletakkan kroni terdekat beliau di dalam satu jawatan yang memungkinkan diri beliau terus dikenang dan dipertahankan.

Kroni beliau, Wan Azizah dan Nurul Izzah adalah harapan akhir beliau untuk meneruskan kerelevanan Anwar di dalam politik negara Malaysia.



Bukti-buktinya sudah ada. Isu MB Selangor ini sahaja telah menempelak diri beliau dan sungguh memalukan. Itu pun ketika Anwar masih lagi bebas berpolitik dan ke mana-mana sahaja beliau suka.

Dan cuba bayangkan jika kes Anwar tidak berpihak kepada diri beliau, apakah yang akan terjadi?

Apakah masih ada yang akan pedulikan diri beliau jika PAS dan DAP dengan haluan masing-masing?

Dan apakah yang akan difikirkan oleh Anwar Ibrahim sekarang apabila berdepan dengan pendirian PAS tentang Khalid Ibrahim?

Apakah Anwar akan mengadap Abdul Hadi PAS untuk memujuk beliau atau Anwar akan menggunakan saluran Nik Aziz PAS untuk memujuk Abdul Hadi PAS?

Apakah Anwar akan menyeret kepimpinan DAP yang setakat ini diam membisu seperti orang bodoh, untuk sama-sama menekan Abdul Hadi PAS?

Apa-apa pun, tragedi MB Selangor benar-benar membuka pekung busuk parti PKR dan Pakatan pembangkang dan juga memalukan Anwar Ibrahim seisi keluarga.

source : dr mim

No comments: