NUFFNANG

Friday, 11 July 2014

PKR tak faham orang luar usah sibuk hal Selangor

PKR tak faham orang luar usah sibuk hal Selangor




Saya sebagai anak jati kelahiran Selangor merafak sembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar tidak sesekali terpengaruh dengan desakan "orang luar" Selangor untuk menentukan calon Menteri Besar.

Janganlah dibiarkan beberapa politikus PKR yang bukan anak jati Selangor membuat kacau dan mahu memandai-mandai masuk campur dalam urusan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

Mereka semua "orang luar" bukan orang Sgor sibuk nak mencaturkan siapa yg layak menjadi MB Sgor.

Iya kesemua badut badut politik PKR itu adalah "orang luar" :-

Rafizi Ramli - orang Terengganu
Shamsul Iskandar - orang Melaka
Saifuddin Nasution - orang Kedah
Wan Azizah - orang Spore + Permatang Pauh
Anwar Ibrahim - orang Permatang Pauh

Iya kesemua mereka ini dah terlalu galak menjadi penggerak untuk masuk campur urusan pentadbiran kerajaan Negeri Sgor.

Selangor adalah sebuah negeri berdaulat yg ada Sultan dan kpd Tuanku Sultan adalah benteng terakhir yg melindungi rakyat dan negeri ini.

Mohon Tuanku pandang serius perkara ini dan jgn biarkan org luar sibuk mencatur pentadbiran Negeri Selangor....

DAULAT TUANKU....

Mohd Nazmi Rosli
Anak jati Selangor
source : the unspinners

No comments: