NUFFNANG

Friday 4 July 2014

PSSSTTT....ADA APA DALAM KAIN ANWAR ??!!

ADA APA DALAM KAIN ANWAR ??!!

Bekas Timbalan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Shamsul Hidayat Mohd Shariff berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seringkali memburukkan nama negara pada pandangan mata masyarakat dunia merupakan Standard Operation Prosedur (SOP) bagi Ketua Pembangkang dalam usaha mencemar imej kerajaan Barisan Nasional (BN).



Menurut beliau, mencemar imej kerajaan memerintah dengan cara memburukkan-burukkan serta menuduh kerajaan sedia ada tidak cekap dalam menangani isu merupakan satu cara Anwar untuk mewujudkan persepsi negatif bukan sahaja di kalangan rakyat di negara ini malah juga di kalangan masyarakat dunia terhadap kerajaan Malaysia.

“Contohnya dalam isu MH370 di mana Anwar menuduh kerajaan tidak cekap dan cuba menyembunyikan fakta dengan menimbulkan keraguan adalah cara beliau beroperasi untuk menjatuhkan imej dan maruah kerajaaan yang memerintah di mata masyarakat antarabangsa.

Begitu juga dalam kes penjawat awam yang didakwa terbabit dalam kes cabul di New Zealand baru-baru ini di mana Anwar juga menggunakan modal yang sama dengan menuduh kerajaan tidak telus dan menyembunyikan sesuatu seolah-olah kerajaan ingin melindungi si pesalah, sedangkan pada hakikatnya tidak begitu.

Inilah cara Anwar ‘menyelit’ setiap kali berlakunya isu-isu khususnya yang membabitkan masyarakat antarabangsa dengan menjalankan jarum halusnya dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan untuk menimbulkan keraguan serta persepsi negatif bagi menjatuhkan reputasi kerajaan Malaysia yang sedia ada,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Kata beliau lagi, begitu juga apabila pihak pembangkang merancang untuk mengadakan demonstrasi jalanan di mana persiapan rapi dan perencanaan dijalankan dengan begitu teliti bagi memperlihatkan kepada dunia bahawa politik Malaysia sedang berada di dalam keadaan tidak stabil.

“Berdasarkan pengalaman saya ketika bersama AMK, setiap kali adanya demonstrasi jalanan, pembangkang yang diketuai oleh beliau terlebih dulu akan merancang siapa yang ditugaskan untuk membuat provokasi dan siapa yang ditugaskan untuk bertindak ganas terhadap pihak berkuasa.

“Malah mereka juga mengupah beberapa jurugambar untuk mengambil gambar-gambar keadaan huru hara yang berlaku di mana gambar-gambar tersebut akan dihantar ke beberapa agensi berita antarabangsa untuk disiarkan ke seluruh dunia. Sebab itu tidak hairanlah agensi berita asing akan mendapat maklumat lebih awal daripada agensi berita di dalam negara.

Tindakan Anwar ini adalah bertujuan untuk menggambarkan bahawa politik Malaysia berada di dalam keadaan yang tidak stabil untuk menakut-nakutkan pelabur luar untuk melabur di negara kita. 

Apabila pelabur luar takut untuk melabur, sedikit sebanyak ekonomi negara akan terjejas dan Anwar pada ketika itu akan muncul sebagai hero dengan menuduh kerajaan BN tidak pandai mentadbir sehingga menyebabkan ekonomi jatuh akibat tiada pelabur luar yang mahu melabur di negara ini,” ujarnya.

Tindakan Anwar itu tambahnya lagi, merupakan satu tindakan yang mementingkan diri sendiri dengan memperjudikan nasib rakyat di negara hanya semata-mata untuk kepentingan politik peribadi beliau.

“Jadi jelas, bahawa usaha Anwar untuk memburukan negara serta mencalarkan imej pemerintah Malaysia di mata dunia menjadi satu operasi yang berterusan sehinggalah tumbangnya kerajaan BN di negara ini.

Walaupun tindakannya memburukan nama negara itu merupakan satu tindakan yang boleh memberikan kesan kepada negara khususnya rakyat secara keseluruhannya, namun Anwar tidak peduli kerana apa yang penting ialah nafsu beliau untuk jadi perdana menteri mesti dipenuhi,” jelasnya.

Justeru itu, beliau meminta Anwar agar berhenti daripada terus mebuat kenyataan yang memburuk-burukkan imej negara di mata luar kerana perbuatan beliau itu sebenarnya memperjudikan nasib rakyat di negara ini.

“Saya rasa adalah lebih baik Anwar melihat di dalam kainnya sendiri iaitu partinya PKR yang semakin hari semakin kelam kabut dan caca merba. Sebelum mempersoalkan kredibiliti kerajaan dalam menangani isu dan permasalahan, saya minta Anwar terlebih dulu perbetulkan demokrasi di dalam partinya yang ditadbir ala-ala kuku besi terutamanya ketika berlansungnya pemilihan kepimpinan PKR baru-baru ini.

Masih ramai lagi kawan-kawan saya di dalam AMK dan mereka juga mengadu bahawa pemilihan PKR kali ini memang teruk dengan dicemari oleh unsur-unsur rasuah, ketidakadilan dan sebagainya. Ada rakan-rakan saya yang menghantar memorandum kepada Anwar membantah segala penyelewengan yangberlaku dalam pemilihan kali ini, namun tidak diendahkan oleh Anwar.

“Ekoran suara mereka tidak didengari, kumpulan ini kemudiannya membuat protes di hadapan pejabat PKR bagi menyuarakan rasa tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan PKR kali ini, tetapi malangnya mereka yang menuntut pilihanraya yang adil dan telus itu akhirnya diambil tindakan dan dipecat daripada parti,” akhiri beliau - MU

source : dr mim

No comments: