NUFFNANG

Saturday, 26 July 2014

TUN MAHATHIR LUAHKAN PERASAAN TENTANG KEKEJAMAN, KEMATIAN & BESAR KEPALA

TUN MAHATHIR LUAHKAN PERASAAN TENTANG KEKEJAMAN, KEMATIAN & BESAR KEPALA

MiM tertarik kepada satu tweet di bawah : 


Twitter di atas menyindir Zionis Israel yang dikatakan mempunyai perlengkapan tentera canggih dan paling moden tetapi gagal untuk mencapai sasaran dengan tepat dan membunuh ramai rakyat awam yang tidak bersalah termasuk kanak-kanak. 

Tetapi pejuang Palestine dengan kelengkapan yang serba kekurangan berjaya membunuh tentera Zionis Israel tanpa melibatkan rakyat awam Israel.

Inilah yang berlaku di Gaza, Palestine di mana sehingga ke saat ini, hampir 700 rakyat Palestine termasuk kanak-kanak telah dibunuh dengan kejam oleh puak Zionis Israel.

Kekejaman Zionis Israel yang berlaku sekarang turut dikutuk hebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blog beliau.

Satu dunia tahu peranan dan ketegasan Dr Mahathir menyokong negara Palestine dan mengkritik keras negara Israel secara terbuka. Kerana itu, rakyat tentu faham perasaan Dr Mahathir apabila beliau bercakap tentang Palestine.

Contohnya, lihat video di bawah : 


Tun Dr Mahathir sebak semasa Perhimpunan NGO-NGO membantu rakyat Palestine Di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2013

Realitinya, mantan Perdana Menteri merupakan segelintir pemimpin Islam dunia yang sangat vokal menyokong dan memperjuangkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh regim Israel.

Keakraban Dr Mahathir Dan Yaseer Arafat sangat terserlah dan dicemburui

Tatkala era itu ramai di antara kita yang masih kecil atau dibangku sekolah tidak tahu hal dunia, Tun Dr Mahathir sudah menjadi salah seorang pemimpin Islam dunia yang dihormati oleh Allahyarham Yaseer Arafat yang juga dikenali sebagai 'Father of Palestine.'

Tidak ada sesiapa pun dapat menafikan sumbangan besar negarawan Malaysia ini. Malah 'Father of Palestine' itu pernah menelefon Tun Dr Mahathir meminta bantuan tatkala beliau dikepung oleh regim Israel

Baca di bawah :





Di bawah adalah laporan kenyataan terbaru Dr Mahathir Mohamad tentang kezaliman Zionis Israel ke atas rakyat Palestin :
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan rejim Zionis yang kini bermaharajalela membunuh rakyat Palestin tidak berdosa, tanpa dihukum dunia antarabangsa, sebagai lebih kejam daripada tentera Nazi.

Menurut beliau, Yahudi adalah penjenayah dalam semua perundangan manusia bertamadun kerana segala apa yang dilakukan rejim Zionis terhadap Palestin bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, berlawanan dengan moral serta menyalahi hak asasi manusia.

"Semasa Yahudi dilayan dengan teruk oleh Nazi di Jerman, mereka menagih simpati dan sokongan dunia tetapi penderitaan tidak mengajar apa-apa dan tidak membantu mereka memahami erti kesengsaraan. Malah, kini mereka berkelakuan lebih teruk daripada Nazi.

"Sepatutnya Yahudi menyalurkan kemarahan mereka terhadap Nazi di Jerman dan Eropah. Mungkin mereka terlampau pintar atau mungkin juga bagi mereka membunuh Arab adalah lebih mudah dan menyeronokkan," kata Dr. Mahathir menerusi blognya, chedet.cc, hari ini.

Sehingga kini angka kematian rakyat Palestin mencecah 695 dengan majoriti adalah wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 4,100 lagi cedera selepas rejim Zionis menggempur Gaza dalam operasi ketenteraan yang dinamakan Operasi Perlindungan Sempadan sejak 8 Julai lalu.

Serangan tidak berperikemanusiaan sejak bermulanya Ramadan itu turut memusnahkan sekurang-kurangnya 475 buah rumah dengan 2,644 buah lagi rosak teruk manakala 46 buah sekolah, 56 buah masjid serta tujuh buah hospital turut dibedil rejim Zionis.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, rejim Zionis menjadi besar kepala setiap kali melakukan jenayah kemanusiaan kerana mereka sedar tiada mana-mana pihak berani menghukum Yahudi disebabkan sokongan tidak berbelah-bahagi Amerika Syarikat dan Eropah.

Katanya, mesej yang ingin ditonjolkan oleh Israel melalui perbuatan kejamnya terhadap bangsa Arab dan penduduk Palestin ialah kononnya Yahudi bangsa mulia dan sesiapa sahaja yang mengganggu mereka terpaksa membayar dengan harga berlipat kali ganda kesakitan.

"Sebab itu sekiranya Palestin menghantar pengebom berani mati atau melancarkan serangan roket, Israel menyerang balas secara keterlaluan dengan menghantar kumpulan tentera untuk memusnahkan Palestin dan membunuh lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua," katanya.
Kesinambungan menyokong negara Palestine diteruskan sehingga ke hari ini di bawah DS Najib Razak.

source : dr mim

No comments: