NUFFNANG

Saturday 26 July 2014

TERKINI ! PAS UMUMKAN CALON UNTUK MB SELANGOR…..ANWAR MALU BESAR !!

TERKINI ! PAS UMUMKAN CALON UNTUK MB SELANGOR…..ANWAR MALU BESAR !!

Pendirian Abdul Hadi Awang PAS ini sekaligus telah memalukan dan menjatuhkan imej Anwar Ibrahim lebih teruk lagi!




Sungguh memalukan!
Sila baca :
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Terengganu, hari ini.

Hadi berkata, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor. 
Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lalu menerima cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar menteri besar Selangor tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan lain, itu kita boleh urus tetapi bukandengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," katanya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata:"Itu perkara mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dulu lagi."

Apabila diajukan soalan pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir Anwar ke Putrajaya, Hadi menyangkalnya sambil berkata perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi untuk rakyat.

Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

"Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),” katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15). – Bernama, 25 Julai, 2014
MiM sarankan agar Anwar Ibrahim berundur diri sahaja dari politik, once and for all. Pakatan pembangkang sendiri seperti sudah tidak menghiraukan pendirian beliau.

source : dr mim

No comments: