NUFFNANG

Friday 25 July 2014

#MH0017 TRAGEDY ... 18 FOTO & BENDERA MALAYSIA DIKIBARKAN SEPARUH TIANG DI EINDHOVEN, BELANDA #MH17

18 FOTO & BENDERA MALAYSIA DIKIBARKAN SEPARUH TIANG DI EINDHOVEN, BELANDA #MH17



Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di lapangan terbang Eindhoven, Belanda bersama 16 bendera negara-negara yang terlibat di dalam tragedi MH17.

Kumpulan mayat pertama daripada pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di lapangan terbang tersebut.
Tentera Belanda yang beruniform lengkap menerima 40 keranda kayu berisi mayat mangsa yang ditempatkan satu persatu di lapangan terbang Eindhoven di selatan negara itu dalam majlis penuh istiadat sebagai penghormatan terakhir dengan orang ramai berbaris di kiri dan kanan jalan. 
Majlis dua jam itu disiarkan ke seluruh negara dan dunia dalam suasana amat berbeza di kawasan kejadian yang penuh dengan suasana kelam kabut selepas kejadian itu.  
























Jalan sepanjang 100 km dari Eindhoven ke Hilversum ditutup bagi membolehkan konvoi panjang itu melaluinya, dengan orang ramai berkumpul di atas jejantas dan melemparkan bunga ke atas kenderaan limosin yang membawa mereka.










Kumpulan kedua mayat dijangka tiba di Belanda pada Khamis, iaitu sebahagian lagi daripada 200 mayat yang diterima, kata pegawai Belanda di Ukraine.
Kotak hitam pesawat itu sudah dihantar kepada pakar analisis di Britain, dan penganalisis Belanda berkata semalam, mereka Berjaya memuat turun data daripada perakam suara kokpit dan tiada bukti menunjukkan peralatan itu diganggu. 
Perakam data penerbangan itu akan dianalisis hari ini, kata penyiasat.

source : dr mim




No comments: