NUFFNANG

Wednesday 30 July 2014

ARTIKEL PEDASSS ... PAS Makin Hancing Bro !!

PAS Makin Hancing Bro !!


Hari Raya yang cukup memenatkan buat MMI namun puas kerana masih dapat bersama keluarga tercinta.Blog MMI bercuti selama 2 hari bagi memberikan penumpuan terhadap keluarga dan sanak saudara , bukan selalu setahun sekali jer gang.

Harapan MMI juga agar semua yang selalu singgah di blog MMI ceria dengan keluarga masing-masing , ingatlah keluarga yang kita miliki hari ini bukan boleh di tukar ganti.Sayangilah mereka selagi mana mereka masih mampu memberikan senyuman kepada kita.

Dalam sibuk beraya , MMI juga mengikuti perkembangan politik semasa dan ada di antaranya membuatkan jari-jemari ini seolah-olah memberikan isyarat supaya menulis tetapi MMI tahankan juga.Hari ni pun kalau diikutkan ada jemputan majlis-majlis yang MMI tak boleh tolak , jadi sebelum keluar MMI menulis sedikit...

Perkara pertama tentang isu di Selangor , MMI dah menulis tentang perkara ni dalam beberapa artikel yang lepas namun isu yang tengah heboh ketika ini adalah bab printscreen whatsapp AJK PAS Pusat yang sudah pun menjadi viral di semua saluran media.

MMI bukan nak mengulas tentang printscreen tu sebab semua dah sedia maklum tapi kenapa sehingga kini puak-puak PAS semacam kera kena belacan.

Statement tu asli malah sudah diakui oleh pihak yang menulis , habis diam puak-puak PAS sunyi sepi sampai langsung tak dengar bunyi.Malah kalau ada pun yang terlepas sikit-sikit.

Ada yang kata puak-puak PAS ni cukup takut dengan DAP dan PKR.Maklumlah selama ni asyik jadi pencacai ja.

Lagi satu kalau diikutkan isu yang tersebar tu , puak PAS pun dah meluat dengan cara dan permainan DAP dan PKR ni tapi apa boleh buat kononnya dah bai'ah ... Hmm tak fahamlah MMI , setia dengan pemimpin lebih dari setia dengan tuhan !!!!

Paling pasti asyik kena guna jaa ...

FAKTA - Kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS.Tanpa ahli dan penyokong PAS, Pakatan Rakyat tidak akan berfungsi. Akar umbi PR adalah PAS

FAKTA - Sejarah penubuhan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya jika PAS tidak terlibat. Ahli dan penyokong PAS buatkan PR nampak ramai dan kuat

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong diawal penubuhan Pakatan Rakyat. Tanpa PAS parti Lim anak beranak tak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan PAS, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa PAS sudah pasti DAP tumbang kepada MCA & GERAKAN

FAKTA - PAS merupakan tunjang kekuatan Pakatan Rakyat kerana ahli dan penyokongnya adalah Hardcore dalam memastikan PR terus relevan

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling tidak berguna didalam Pakatan Rakyat kerana mempunyai ahli yg sedikit, pemalas, samseng & korup.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara PAS vs PKR kemenangan akan memihak kepada PAS di semua kerusi majoriti Melayu. 

FAKTA - Ahli & penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang dari UMNO, MIC, MCA, GERAKAN kerana masaalah Korupsi & Disiplin (SAMPAH)

FAKTA - PKR mengetuai setiap Demonstrasi yang diadakan Pakatan Rakyat namun tanpa penyertaan ahli PAS Demo PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang & Lim Guang Eng KAFIR tak layak. Anwar Ibrahim masaalah Moral (LIWAT) tak layak. Hadi Awang paling layak ketuai Pakatan Rakyat. Suara PAS lebih ramai dalam PR.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli & penyokong PAS, tanpa kamu Pakatan Rakyat tidak punya apa apa. Apatah lagi nak harapkan PKR yang ahlinya terdiri daripada SAMPAH & PENAGIH

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan PAS. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong PAS terajui Pakatan Rakyat kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli & penyokong serta kepimpinan PAS, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP & PKR atau ketuai PR. 

PAS makin hancing bro .. 

source : MMI

No comments: