NUFFNANG

Wednesday 16 July 2014

Khalid Samad Mahu Jumpa Sultan Tapi Masih Menyindir Tuanku?

Khalid Samad Mahu Jumpa Sultan Tapi Masih Menyindir Tuanku?

Ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau terkejut dengan titah murka DYMM Tuanku Sultan Selangor semalam, yang menegur beliau sebagai biadap.
Bercakap kepada Malaysiakini, Khalid berkata beliau terkejut bahawa Sultan Selangor murka dengan kenyataan beliau sekaligus menganggapnya ‘biadab’.
Ahli jawatankuasa PAS itu menjelaskan bahawa maksud kenyataannya ialah mencadangkan kepada DUN Selangor supaya “mengkaji kemungkinan menarik balik kuasa eksekutif demi menjaga (institusi) Sultan”.
“Bila tindakan eksekutif (sebagai contoh) ceroboh kuil, rampas bible, ia menimbulkan kemarahan dan ia terus ditujukan kepada MAIS sebagai eksekutif.
“(Jadi) kita nak menjaga sultan, bukan nak rampas kuasa sultan. Sekiranya cadangan itu tidak diterima, tiada sebab, pada perspektif saya, untuk baginda murka.
“Ia bukan cadangan yang berniat jahat tetapi menjaga (institusi) Sultan,” katanya.
Sehubungan itu, Khalid berkata beliau akan menulis surat untuk memohon menghadap Sultan bagi menjelaskan perkara itu dan akan menghantarnya hari ini atau esok.
Namun apa yang dicakapkan kepada Malaysiakini langsung tidak sama dengan sindiran di Twitter beliau ke atas Sultan Selangor.
IMG_18631683224268
Sungguhpun tidak merujuk kepada DYMM Tuanku secara langsung, namun status Twitter beliau kelihatan seperti beliau seperti cuba menyindir bahawa teguran Sultan Selangor ke atas dirinya seperti tindakan orang kafir membaling batu kepada Rasulullah s.a.w.
Inikah sikap pemimpin Islam?
Khalid Samad dijangka akan mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan kenyataannya meminta dihapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sehingga ia dianggap ‘biadab’ oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di pusat khidmatnya di Seksyen 13 Shah Alam petang esok.
source : rmf 7

No comments: