NUFFNANG

Wednesday 4 September 2013

PENDEDAHAN BERANI SAKSI 13 MEI TENTANG TANDA PUTERA !!

PATUTLAH 'TANDA PUTERA" HARAM DAN JIJIK DISISI LIM KIT SIANG DAN ANAKNYA

KHAIRY TAK PERLU NAFI "TSUNAMI CINA"BAGI PIHAK NAJIB

Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi ( 2 September)  maka saya memahami mengapaTanda Putera haram disisi  Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya  Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei. Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu di bawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.

Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.

Pemimpin pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang orang bukan Melayu yang bertanya: Kenaapa ada Waktu Tanah Melayu?kenaapa Keretaapi Tanah Melayu? dan mengapa Raja Melayu?( Baca buku
Memoirs of Lee Kuan Yew)

Pada petang kejadian 13 Mei 1969, saya berada  di kawasan  rumah Ahmad Razali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor  di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah (Pak Melan) juga ada bersama.

Pak Melan  diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya  tetapi beliaulah yang  menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan  supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya,menterbalikan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan: Orang kita dah  kena!orang kita dah kena!

Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama ,Tunku Abdul Rahman Putra  dalam pekara ini adalah benar dan tepat.

Saya berlari ke luar  dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kejadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan  mayat bergelimpangan. Orang orang yang tidak berdosa telah mati. Saya kutuk, saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya   Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew . Racun yang mereka semai telah membunuh. Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.

Sebelumnya  saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori  melalui Kg. Baru dan Datuk Keramat  dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau "Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung"

Mereka membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu.Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah bagitu celupar. Cabaran ini   menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif. Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur,sama ada sebagai penjaja di pasar,peniaga besar dan kecil, pelajar,siswa,pendukong universiti- universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.

Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.

Lim Kit Siang tahu bahawa piliahraya ke 13  adalah  peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan " Ini kalilah."

Populasi Melayu akan bertambah, profesional  Melayu akan semakin ramai. Walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa, pemerentahan BN dan  Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.

Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka.Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cinadan jangan biarkan Khairy menapikan.

Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei, DAP tidak  mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara. Dia mahu terasing dari aliran perdana, dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga.Dia pasti tidak akan berjaya.

Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia  menunjukan manusia- manusia Malaysia dari semua kaum  yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang  dalam keadaan  runcing dan genting   tidak kehilangan akal , malah Menteri Dalam Negeri  Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi terus bersama mencari jalan untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia yang harmoni,makmur dan  aman damai.


Tun Razak memberitahu  doctornya :"Saya mahu sedikit masa lagi." tetapi Tun meninggal dalam keadaan negara yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.

Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa.


11 comments:

  1. Yup, masaalahnya simbol roket dan filem itu dan keangguhan mereka untuk tidak mengakui bahawa mereka terlibat secara langsung dgn May 13.
    Mrk should come clean, admit shj kesilapan lalu dan ajak rakyat Malaysia agar tidak mengulangi kesilapan yg sama.
    Reply
  2. Terbaik TS Zam,biar mereka kutuk kita tetapi kita bercakap yang benar,nothing but the truth !
    Reply
  3. Salam..

    Pak Zam,

    Jika tertulis dalam lipatan sejarah seorang itu pernah menjadi penjenayah, biarpun tujuan dia melakukan perbuatan trsebut kerana hendak memberikan keluarganya makan (misalannya), sejarah tetap akan tercatit dianya itu pernah menjadi penjenayah.

    Walaupun apa yang dilakukan oleh keluarga si penjenayah itu, sesungguhnya tidak mampu mengubah lipatan sejarah yang telahpun tertulis.

    Hesmel Faisal
    Reply
  4. Kita (UMNO) masih nak menyingkap kisah lama untuk apa? benar atau tidak apa yg dilakonkan dlm TP adalah mengikut penerimaan masing2. Amat mengecewakan jika UMNO terpaksa mengupah seorang pengarah yg sudah suam suam kuku mutu pembikinan filemnya, untuk mengungkit kisah silam dan memburukkan pihak yang menjadi seteru politiknya. Sekiranya TS Jins Shamsudin masih sihat, kemungkinan dia akan diberi gran untuk membuat filem ini.

    sri hartamas
    Reply
  5. Salam TS,

    1. Terimakasih kerana menceritakan keadaan sebenar. Ini yang saya maksudkan dengan artikel terdahulu. Pelik dan hairan tiada orang-orang lama kita menyanggah sebab musabab utama LKS dan LGE melenting. Kita tidak boleh lagi, tidak apa.

    2. Waktu kejadian berlaku, seluruh orang kampung termasuk arwah bapa saya sentiasa berjaga-jaga dan sebahagian nya turun ke kampung baru. Ketika itu saya masih sekolah rendah dan faham apa yang mereka perkatakan. Jika tidak pun arwah bapa (polis bersara british) akan menceritakan kepada kaum keluarga. Mereka juga di persiapkan dengan selendang dan "parang terbang" dari seorang yang mahir " dua dunia".

    3. Itu dulu-dulu. Kini semangat Melayu sudah memihak harta dunia. Yang terbang, mungkin lari ke negara lain atau yang terbang ialah kereta ferarri, porche, merc, bmw dan sewaktu dengan nya. Anak-anak mereka ? Hilang jatidiri kemelayuan. LAYU.
    Apa lagi yang biasa-biasa, terlalu jauh untuk bersama UMNO.... DSAI tahu ini dan bijak manipulasi nya.

    4. Harap TS kongsi pengalaman yang mendatangkan kesedaran terhadap Bangsa Melayu yang selalu kehilangan Bapa dan Ibu. Kini Bapa kita, apa dalam fikiran nya ? Kias saya di sini, Pemimpin2 Melayu sekarang, di mana rumah nya UMNO. Jika PAS dan PKR itu benar, mereka akan kenal Bangsa Melayu tapi sayang, suara mereka sumbang dan nyata memecah-belahkan bangsa sendiri. Bertelagah sesama sendiri. Ada bangsa bukan melayu begini ?
    Reply
  6. Only one word to describe lim kit siang, lim guan eng and their patriach lee kuan jew: "psychopath"!
    Reply
  7. Shamsuri Ismail3 September 2013 18:51
    TS Zam.
    Yang saya amat hairan.Kenapa Menteri UMNO jadikan Cina sebagai juruwang mereka.
    Sampai saat ini saya amat tak faham.Bingung.Apa jadi PRU 13 Cina habisan tolak kerajaan UMNO/BN.
    Nasib baik menang walauoun tipis.
    Menteri Melayu UMNO tak insaf ke.
    Reply
  8. TS, teramat menghargai tulisan kali ini. marilah kita bangkit utk menegakkan hak kita yg semakin terhakis
    Reply
  9. Pak Zam,
    saya membesar sebagai anak bekas Polis yang kerap bercerita tentang perjuangan melayu mempertahankan negara dari zaman sebelum merdeka juga selepas merdeka. Cerita bapa berkampung di hutan mengawasi komunis dari memasuki kawasan perkampungan tak asing di telinga saya dan kejadian 13 Mei 1969 tentunya tak terlepas untuk diceritakan.

    LGE, LKS dan DAP sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan DAP. Tetapi apa nak dihairankan, kerana itu memang mereka yang sebenarnya. Sombong dan angkuh! Lihat sahaja sekarang, semua salah mereka hendak dituding ke orang lain: Silap memberi kenyataan dituduh akhbar memutar belit. Silap memberi arahan, dituduh pihak yang diarah salah mentafsir. Silap keputusan pemilihan CEC, dikatakan perisian Excel yang bermasalah. Semuanya salah orang lain, mereka maksum!
    Reply
  10. Saya harap artikel saudara Zam ini dapat dibaca oleh semua generasi melayu muda negara ini supaya lebih bersatu padu dan patriotik untuk masa nendatang...
    Reply
  11. Tulisan dan pencerahan yang terbaik oleh TS.
    Moga menjadi panduan dan pedoman yang berguna kepada Bangsa Melayu Islam sekarang yang sudah hilang jati diri dan rendahnya semangat nasionalisma bangsa disebabkan penyakit " Kecintaan Kepada Dunia dan Takut akan Kematian".
    Reply

    source : zamkata

No comments: