NUFFNANG

Wednesday, 3 July 2013

TERKINI! AGAMA ISLAM JADI SASARAN SEKALI LAGI!!

TERKINI! AGAMA ISLAM JADI SASARAN SEKALI LAGI!!


Sebelum ini kita dikejutkan dengan laporan mendakwa Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok tidak bersetuju agama Islam diwartakan sebagai agama Persekutuan di negara ini. Padahal, ianya termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Teresa yang juga Ahli Parlimen DAP Seputeh berkata demikian di hadapan Hakim Siti Khadijah dalam kes samannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di Mahkamah Tinggi Jalan Duta. 
Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan dan pengarangnya Datuk Zaini Hassan menyoal Teresa sama ada beliau bersetuju ataupun tidak agama Islam diwartawan sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.
"Tidak setuju,” jawab Teresa. seterusnya
Walaubagaimana pun, kenyataan ahli politik DAP yang didakwa menghina perlembagaan negara itu tidak pula disentuh oleh Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang.

Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP itu berhujah berpandukan perlembagaan yang dinafikan oleh ahli DAP sendiri apabila cadangan mengenai Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 2013 dibentangkan di Dewan Rakyat.

Dan TS Muhyiddin Yassin, UMNO dan BN dijadikan sasaran. Di antara kenyataan terbaru Lim Guan Eng DAP :
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (FEDERAL TERRITORIES) BILL 2013 – PAS Selangor Is More Moderate Than BN, UMNO And Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyidin Yassin By Declaring That Conversion Of Children Below 18 Requires Consent Of Both Parents And Not One Parent.

DAP opposes any unilateral conversion of children by a single parent to any religion whether it is Christianity, Islam, Buddhism or Hinduism. DAP position is that both parents’ consent must be obtained for a legally valid religious conversion for children under 18 as provided for under Article 12(4) of the Federal Constitution. more
Apakah benar Muhyiddin Yassin berkata demikian atau sekadar putar belit Guan Eng DAP untuk meniupkan kebencian terhadap Timbalan Perdana Menteri dan BN?



Jawapannya di bawah :
KUALA LUMPUR : Cadangan untuk membenarkan salah seorang daripada ibu atau bapa untuk menukar agama anak di bawah umur kepada Islam adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan Perlembagaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sedar dengan rungutan mengenai Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

"Kerajan sedar dan sedang mengambil kira semua pandangan. Kita meneliti perkara terbabit.

"Kabinet telah membincangkan perkara ini dengan teliti dan kita mengakui terdapat keperluan untuk penyelesaian yang lebih adil dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di Parlimen hari ini.

Muhyiddin mengulas mengenai sama ada cadangan pindaan ke atas Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 bercanggah dengan keputusan Kabinet pada 2009 tidak membenarkan penukaran agama secara satu pihak sahaja.

Ditanya sama ada langkah berkenaan tidak konsisten dengan keputusan Kabinet berhubung penukaran agama kanak-kanak, Muhyiddin berkata : Ini adalah berdasarkan keputusan mahkamah, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah skop terkini," katanya.

Beliau berkata kebimbangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menimbulkan bantahan terhadap cadangan itu juga akan dipertimbangkan.

Tanpa memberi penjelasan lanjut, Muhyiddin berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan membuat pengumuman relevan sebelum atau semasa pembentangan rang undang-undang terbabit. - BERNAMA
Rupa-rupanya, kenyataan Lim Guan Eng DAP adalah amat mengelirukan sekali.  Sebagai parti BN yang rasional dan bukannya seperti parti DAP yang bersikap 'mencantas' ahli-ahlinya sendiri, suara parti-parti komponen BN tetap dipertimbangkan dalam cadangan tersebut.


Kenyataan Guan Eng DAP yang mendakwa bahwa kenyataan Muhyiddin Yassin tentang rang undang-undang yang berdasarkan penghakiman Mahkamah tidak benar juga dilihat  amat mengelirukan.

Padahal, memang benar wujud penghakiman Mahkamah tersebut seperti yang dijelaskan oleh Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM). Di antara kenyataan Presiden PPMM :
Presiden Majlis Peguam (BAR) Christopher Leong dengan lantang mengkritik peruntukkan seksyen 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan yang baru dibentangkan di Dewan rakyat untuk bacaan pertama minggu lalu. Peruntukkan seksyen itu berbunyi - 
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan— 
a) mencapai umur lapan belas tahun; atau
b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya. 
Adalah jelas bahawa Majlis Peguam cuba menimbulkan kekeliruan apabila menggunakan forum awam untuk memaksakan pandangan salah mereka. 
Keputusan di dalam kes-kes Subashini a/p Rajasingam lwn. Saravanan a/l Thangathoray (2009) di Mahkamah Persekutuan dan kes Nedunchelian V Uthiradam v. Nurshafiqah Mah Singai Annal & Ors [2005] 2 CLJ 306 yang dirujuk dalam penghakiman Subashini di atas, Mahkamah Tinggi telahmentafsirkan bahawa perkataan “parent” dalam Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan itu mempunyai maksud mufrad (singular). 
Justeru, keizinan daripada salah seorang ibu atau bapa adalah memadai untuk menukar agama kanak-kanak itu. Ini adalah undang-undang yang telah dijelaskan dan diselesaikan pada masa ini (settled law). 
Adalah dikesali bahawa Majlis Peguam cuba mengelirukan orang ramai kononnya s. 107(b) bercanggah dengan perlembagaan atas sebab bahagian dari keputusan di dalam kes-kes tersebut adalah sekadar ‘per incuriam”. 
Pada hakikatnya, Mahkamah telah membuat keputusan yang jelas mengenai hal ini melalui penelitian yang mendalam dan sepatutnya diterima sehingga ada perubahan atau pindaan undang-undangnya. 
Malah seksyen 107 tersebut bukanlah suatu perkara yang baru kerana ia telahpun wujud di dalam Akta Pentadbiran Undang Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 yang sedang berkuatkuasa.
Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Dato’ Haji Sulaiman Abdullah seorang peguam yang berpengalaman dan mantan Pengerusi Majlis Peguam.seterusnya
Maka kerana itulah MiM sarankan kepada Lim Guan Eng DAP supaya jangan melulu jatuhkan hukuman menuduh Muhyiddin Yassin dan BN tentang perkara yang masih dalam cadangan dan pembentangan di dalam Parlimen.

Bincang elok-elok dulu. Jangan gelojoh sangat!

Dan jika anak Kit Siang DAP itu begitu setuju dengan Perlembagaan Persekutuan, bagaimana pula dengan laporan yang mendakwa orang kanan DAP sendiri telah menghina Perkara 3(1) Perlembagaan tentang agama Islam?

Ada berani mahu komen atau mendiamkan diri seperti isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh beliau sebelum ini?

source : Dr MiM

No comments: