LIM GUAN ENG: MELAYU YANG LEMAH...KENAPA KASI SALAH DAP!!??
Pengundi baru yang mendaftar di SPR setiap tahun sepatutnya lebih 0.5 juta pengundi, jika berdasarkan angka kelahiran setiap tahun.
Bermakna pada PRU14 akan datang terdapat lebih 2 juta pengundi baru. Jika dicampur mereka yang layak tapi masih belum mendaftar jumlah keseluruhan pengundi baru pada PRU14 adalah sekitar 5 juta orang.
Jika kita ambil 65% dari mereka ini dari kaum melayu/bumiputera, maka jumlah pengundi baru dari kalangan melayu/bumiputera adalah lebih kurang 3.2 juta. 25% terdiri dari kaum cina yang berjumlah sekitar 1.2 juta, manakala selebihnya, seramai 0.5 juta adalah pengundi dari kaum India.
Persoalan yang harus ditanya ialah, sejauh mana MKT UMNO dan para strategis serta pemikir UMNO membuat perancangan strategik dalam menangani agenda besar ini bagi menjamin kelangsungan kuasa politik melayu/bumiputera di negara ini?
Ada atau tidak diwujudkan "task force" di peringkat MKT khusus untuk menangani isu ini?
Bukan saja sekadar menggalakkan mereka mendaftar, tapi UMNO perlu fikir dan rancang agar pendaftaran ini turut mengambil pertimbangan faktor pindaan atau tambahan kawasan pilihanraya yang bakal dilakukan oleh SPR.
Task force ini perlu menyeluruh dari peringkat pusat, negeri dan bahagian seterusnya hingga ke akar umbi.
Pemimpin UMNO jangan hanya "pakar" dalam mengatur strategi bagaimana untuk mengelakkan 5 jawatan tertinggi dari ditandingi saja.
Pemimpin UMNO jangan hanya mahir merancang strategi bertanding sesama sendiri dalam parti saja.
Pemimpin UMNO jangan hanya mahir bagaimana mahu mengekalkan jawatan dan membendung kemaraan pesaing dalam parti saja. Selain dari itu, mereka juga jangan hanya mahir dalam mengekalkan kedudukan mereka sebagai calon dan mengejar jawatan dalam kerajaan saja.
Lihat Kelantan dan Selangor. Dalam parti, mereka begitu berpengaruh dan sangat mahir mengekalkan pengaruh di kalangan para perwakilan cawangan. Tiada siapa yang boleh menggugat kedudukan dan jawatan dalam parti. Tapi bila berhadapan dengan rakyat, kalah terok!
Hebat dan di pandang tinggi dalam parti tapi tidak bernilai dan buruk pada pandangan mata rakyat.
Kerja hakiki, iaitu supaya rakyat menerima dan yakin terhadap perjuangan parti tidak dilakukan. Sebaliknya, kerja bagaimana untuk terus kekal berkuasa dan menongkat langit di dalam parti telah menjadi kerja hakiki para pemimpin parti.
Jika mereka tahu kerja hakiki mereka sebagai pemimpin UMNO dan sebagai pemimpin melayu, mana mungkin lebih 2 juta melayu yang layak mendaftar sebagai pengundi tidak mendaftar sebelum PRU13 lalu.
Individu yang tidak mendaftar ini memanglah bersalah, tetapi pemimpin UMNO lebih-lebih bersalah lagi kerana tiada inisiatif dan "tiada hati" sebenarnya untuk memastikan mereka yang layak ini mendaftar sebagai pemilih.
Jika pemimpin UMNO ini "ada kebimbangan dan keinsafan" tentang ancaman dan bahaya besar yang menanti terhadap survival kuasa politik melayu, jika melayu tidak mendaftar sebagai pengundi, mana mungkin undi melayu berdaftar di Selangor boleh diluted hingga di paras bawah 50%. Kedudukan yang sama juga berlaku di Perak, dan kedudukan peratusan pengundi melayu di Johor juga semakin merosot ketara, berbanding dengan kenaikan peratusan pengundi cina.
Sekurang-kurangnya 7 dari 12 parlimen di Wilayah Persekutuan tidak termasuk Labuan akan menjadi majoriti representasi melayu, jika pemimpin UMNO menjadikan agenda menstruktur semula pengundi melayu di WP sebagai agenda perjuangan no.wahid mereka.
Malah, mungkin ramai yang tidak sedar, di Pulau Pinang sendiri pun terdapat hampir 300 ribu melayu tidak mendaftar sebagai pengundi. Jika pemimpin melayu, dan sedikit bercampur DKK di Pulau Pinang "ada hati dan kebimbangan" tentang masalah melayu yang tiada kesedaran betapa pentingnya menjadi pengundi, sekurang-kurangnya 22 dari 42 kerusi dun di Penang sepatutnya boleh menjadi kawasan majoriti melayu + DKK.
Tapi disebabkan mereka yang jadi pemimpin UMNO asyik "main teloq", melayu hanya mempunyai majoriti di 15 kawasan saja. Mereka hanya tau bising-bising sambil "main teloq", kerajaan cina DAP Pulau Pinang menindas melayu dan mahu menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi di Penang.
Walhalnya, jika depa buat kerja yang hakiki dan sepatutnya, cina DAP tidak akan berkepala batu seperti sekarang.
Kekuatan sebenar melayu tidak dioptimakan. Tiada gerakerja untuk itu. Sebaliknya mereka memilih untuk mencari semula kekuatan melayu UMNO dengan cara "melalak", marah dengan sikap chauvinis DAP siang malam. DAP pulak senyum saja tengok kebodohan pemimpn melayu yang menyalak bukit.
Mereka hanya menunjukkan perasaan meluat melihat ketamakan cina mengusahakan ladang, tapi ladang sendiri terbiar tidak diusahakan.
Sesuai untuk meminjam kata-kata P.Ramlee, ..."Bahalol!"
No comments:
Post a Comment