NUFFNANG

Thursday, 4 July 2013

CILI KASI TARUK! ORANG PARIT BUNTAR PATUT MALU SEBAB PILIH MP SESAT DAN BODOH NAK MAMPOS!

CILI KASI TARUK! ORANG PARIT BUNTAR PATUT MALU SEBAB PILIH MP SESAT DAN BODOH NAK MAMPOS!

Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, Kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak seharusnya memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Nik Aziz kerana telah berjaya memimpin negeri Kelantan selama lebih 20 tahun dengan jaya 'TANPA RASUAH'.

Apalah yang difahamkan tentang RASUAH oleh anak Yusof Rawa itu?

Tak rasuah apa bendanya kalau rakyat Kelantan berbondong-bondong keluar dari negeri itu, mencari rezeki di negeri-negeri lain dan hanya balik untuk memangkah PAS pada PRU atau PRK sahaja?

Tak rasuah apa bendanya kalau duk cerita tentang agama Islam dengan syurga sebagai modalnya, sedangkan kerja-kerja Islam selain daripada ceramah dan kempen, tidak dijalankan. Bahkan dalam banyak projek-projek pembangunan mahupun modal insan terutamanya yang melibatkan Husam Musa dan menantu Nik Aziz, hanya mengenyangkan sebilangan mereka sahaja, bukan rakyat Kelantan secara keseluruhan.

Tanpa rasuah apa benda kalau selama lebih 20 tahun, Nik Aziz gagal membawa pelabur-pelabur baru untuk meningkatkan pendapatan dan hasil negeri selain terpaksa BERGANTUNG SEPENUHNYA kepada bantuan KERAJAAN PUSAT termasuklah untuk membayar gajinya sendiri?

Tak rasuah apa bendanya kalau patung berhala boleh dibina lebih besar dan lebih tinggi dari menara masjid, manakala bilangan masjid pada zaman Nik Aziz pula, hanya bergantung kepada jumlah masjid yang dibina pada zaman Barisan Nasional, manakala pembangunan yang kononnya dicanang-canangkan oleh para pecacai PAS, sebenarnya adalah pembangunan yang dibuat dan dibawa oleh agensi Kerajaan Persekutuan ke Kelantan bagi mewujudkan ketenangan ekonomi agar tidak berlaku pergolakan dan pembunuhan serta kekacauan sepertimana yang berlaku di Selatan Thailand?

Tak rasuah apa bendanya kalau Nik Aziz sendiri dari semasa ke semasa, asyik ler bersyarah dan berkempen politik seolah-olah tanggungjawab sebagai Menteri Besar hanyalah untuk berceramah dan berkempen semata-mata, bukannya memikirkan bagaimana hendak memakmurkan negeri yang dipimpinnya?

Kalau itulah yang dikatakan oleh Mujahid Yusof sebagai JAYAnya TANPA RASUAH, barangkali elok benarlah Mujahid Yusof mencampakkan segala sijil-sijil kelulusannya ke dalam Sungai Kerian kerana daya pemikirannya terlalu bodoh dan membodohkan!

Takdak masalah untuk penghargaan atau penghormatan diberikan kepada Nik Aziz memandangkan sudah menjadi resam Melayu di Malaysia untuk menghargai bekas pemimpin sekalipun pemimpin berkenaan tidak berguna barang seduit pun. Melayu telah ditanam dengan perasaan hormat kepada pemimpin semenjak ribuan tahun lampau lagi. Dan kerana perasaan hormat kepada pemimpin itulah, Melayu telah berjaya mencipta peradabannya sendiri sepertimana yang terzahir di bumi Kampuchea menerusi Angkor Watt yang sekarang ini, Orientalis berusaha bermacam-macam cara untuk menyatakan bahawa watt berkenaan dibina oleh Khmer dan bukannya Melayu terutama dengan penghapusan beberapa bahagian yang mempunyai Tulisan Pancang iaitu tulisan asal Melayu!

Tapi bila keterlaluan sangat kelubung kekaguman diberikan kepada individu seperti Nik Aziz termasuklah kononnya tidak ada rasuah, ia seolah-olah menghapuskan segala nilai-nilai murni yang terdapat dalam ajaran Islam yang dianuti oleh sebahagian umat Melayu termasuklah oleh Mujahid Yusof dan arwah ibu bapanya sendiri!!!

Sumber: Flying Kick

No comments: