NUFFNANG

Monday 17 November 2014

Tun Dr Mahathir, beliau tidak pernah memberi persetujuan untuk hadir ke Forum 1MDB anjuran National Oversight & Whistleblowers (NOW).

Menurut sumber daripada Pejabat Tun Dr Mahathir, beliau tidak pernah memberi persetujuan untuk hadir ke Forum 1MDB anjuran National Oversight & Whistleblowers (NOW).

Tindakan Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli menggunakan nama Tun Dr Mahathir untuk tujuan politik murahan beliau amat keterlaluan. Rafizi Ramli tidak sewajarnya menggunakan nama Tun Dr Mahathir sebagai promosi untuk menarik orang ramai hadir ke forum berkenaan.

Pihak penganjur ada menghantar surat jemputan kepada Pejabat Tun Dr Mahathir untuk menyertai forum berkenaan. Akuterima surat jemputan berkenaan daripada Pejabat Tun tidak bermakna Tun Dr Mahathir setuju untuk datang ke forum berkenaan.

Ianya juga tidak bermakna pihak penganjur dan Rafizi Ramli boleh sewenang-wenangnya menggunakan nama Tun Dr Mahathir untuk promosi mereka. Sungguh tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tidak akan menghadiri forum berkaitan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan Rabu depan kerana beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada penganjur.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman juga dijangka tidak menghadiri forum berkenaan.

"Forum ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) NOW, yang dipercayai rapat dengan Rafizi," kata Ahmad pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad berkata, forum berkenaan mula tersebar di laman media sosial dengan tertera gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dirinya, Hazem dan ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mewakili Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tidak menerima surat jemputan dan tidak menyatakan akan hadir. 1MDB juga tidak akan hadir.

"Ini salah satu lagi usaha, bila tidak datang kata saya penakut. Cukuplah bagi saya menjawab di Parlimen," kata Ahmad kepada pemberita.

source : wakeup malaya

No comments: