NUFFNANG

Sunday 9 November 2014

Nasihat yang baik Tun Daim, tolong sebarkan

Nasihat yang baik Tun Daim, tolong sebarkan


Bercakap tentang kepincangan kerajaan Pakatan di negeri yang dikuasai mereka, Tun Daim Zainuddin membangkitkan isu beratus-ratus buah rumah urut di Selangor.
Bekas Menteri Kewangan itu dalam ucapannya kelmarin membayangkan bahawa rumah-rumah urut digunakan sebagai alat untuk mengaburi urusan perniagaan gelap. Beliau juga membayangkan peniagaan tersebut ada kaitan dengan orang kenamaan tertentu dalam kerajaan Selangor.
Latar: Sejurus sebelum kematian Teoh Beng Hock, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah menyiasat beberapa orang Adun DAP Selangor termasuk Hannah Yeoh.
“Apart from Ean Yong Hian Wah [majikan Teoh] and Lau Weng San [Adun Kampung Tunku], six other Pakatan elected representatives are also under investigation.” – ‘Exco’s aide falls to death in mysterious circumstances‘ (Sin Chew,16 Julai 2009).
BAWAH: “Subang Jaya City of Sin”

Twitter - aisalinglung- @ShfqShuhaimi @faizalkifli ... 2013-12-09 15-22-30

Para politikus Pakatan lagi jahat

Tun Daim berpesan kepada orangramai agar jangan terpedaya oleh propaganda Media Baru yang menggambarkan politikus pembangkang sebagai suci belaka.
Beliau dipetik FMT sebagai berkata “PR leaders just as unscrupulous as BN’s‘ (7 Nov 2014).
Mengikut Tun Daim, gejala kronisme pun berleluasa di dalam Pakatan dan pemimpin-pemimpin pembangkang turut terlibat dengan ahli-ahli perniagaan yang menyumbang dana politik kepada mereka.
(Rasa-rasanya fail penyiasatan ke atas Adun-Adun DAP Selangor – iaitu Hannah Yeoh dan kekawan – yang terbabit dengan kes Teoh Beng Hock sebelum ini harus dibuka semula oleh SPRM. – syor blogger ini)
BAWAH: Rumah urut bersepah di Subang Jaya
Twitter - ShfqShuhaimi- @aisalinglung @faizalkifli ... 2013-12-21 20-52-27

Politikus Pakatan memang pandai berlakon

Nasihat Tun Daim kepada awam ialah supaya celikkan mata dan jangan menelan bulat-bulat dakyah yang disebarkan oleh media pro-pembangkang pencuci otak.
Tambah beliau, politikus Pakatan sebenarnya tidak kurang jahat dan seterusnya ia tidak wajar bagi pihak BN untuk sering dipersalahkan atau dijadikan kambing hitam.
Mengikut Tun Daim, sama ada BN atau Pakatan, kedua-duanya pasti “ada mempunyai hubungan mesra dengan ahli bisnes, pemaju hartanah and taikun-taikun yang lain”.
BAWAH: Subang Jaya paling padat dengan rumah urut dan pusat hiburan yang berlesen dan yang tidak
Twitter - aisalinglung- @ShfqShuhaimi @faizalkifli ... 2013-12-09 15-38-53
Cuba tengok pada pusat-pusat refleksologi yang tumbuh bak cendawan selepas hujan ekoran kemenangan DAP dan sekutu-sekutunya dalam pilihan raya umum 2008 … terutamanya di Subang Jaya.
isma

Abdullah Zaik: “Puak Islam liberal menyokong DAP evangelis”

“Subang Jaya sin city” ialah kota maksiat.
Namun Jerusubang yang penuh kepura-puraan boleh juga serentak berfungsi sebagai pusat mendakwah agama Kristian.
Awasilah evangelista DAP yang sedang memajukan gerakan Kristianisasi seraya mengembangkan kegiatan-kegiatan anti-Islam, ujar Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Presiden Isma itu mengingatkan kita bahawa evangelista DAP mengambil kesempatan penuh ruang kebebasan yang terbuka untuk mempertingkatkan lagi agenda Kristian mereka beserta menggalakkan amalan songsang di kalangan masyarakat Islam.
BAWAH: Hannah pakai tudung naik turun masjid tetapi mengugut akan buat laporan polis terhadap sesiapa yang mengkhabarkan (berita palsu) bahawa dia sudah peluk Islam
Gimik Bertudung Hannah Yeoh

No comments: