NUFFNANG

Tuesday, 18 November 2014

PANASSS !!! ... RM2.6 juta Yang Azmin Ungkit; RM7 juta Yang Bakal TSKI Sungkit?


Pemberian RM2.6 juta “golden handshake” kepada bekas pembantu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan persoalan terhadap pembayaran lantikan politik dan sama ada ia mengikut prosedur sewajarnya.
Pembayaran tersebut dikritik kerana terlalu tinggi, terutamanya laporan mengatakan Khalid dianggap sebagai seorang yang kedekut dalam mentadbir.
“Ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat mekanisma sewajarnya dan polisi dalam pelantikan pembantu politik serta sama ada terdapat garis panduan prosedur apabila mereka meletak jawatan selepas bos mereka berhenti,” kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata wujud beberapa jawatan di peringkat persekutuan dan negeri yang perlu dibuat menerusi lantikan politik dan kontrak mereka mungkin termasuk syarat yang membenarkan “golden handshake” kerana ketidaktentuan politik.
“Mereka ini mungkin bersetuju untuk memegang jawatan tetapi ia satu risiko yang besar kerana ketidaktentuan politik pada masa akan datang dan bagi mengatasinya, kontrak mereka mungkin termasuk klausa golden handshake,” katanya.
……………………………....................................................................
Sekarang ini di Selangor, perang saudara memang sedang berlaku dengan dahsyat. Memang takkan ada orang yang selamat. Ini main tikam mati. Kalau dah mati, siram pulak dengan air limau. Tak ada simpati.

Perlantikan politik memang biasa. Di Selangor, ini sebahagian daripada usaha pembahagian harta rampasan perang. Ghanimah.

Azmin bawa masuk hampir 20 orang di dalam PKNS Holding pada suatu ketika. Surat Anwar jadi asas. Semuanya diluluskan. Tak ada dakwa dakwi.

Hanya selepas Azmin berperang dengan TSKI, barulah isu itu dibangkitkan. Sudahnya, 20 orang di dalam PKNS Holding terbarai. Semua orang Azmin.

Kali ini, RM2.6 juta pula jadi isu. Kalau Faekah dan kawan-kawannya pandai, semua surat Azmin dahulu mesti dikeluarkan semula. Permohonan itu. Permintaan ini. Kalau dilambak…

Azmin pening kepala.

source : gelagat anwar

No comments: