NUFFNANG

Saturday 8 November 2014

PANASS!!...Penyokong Pertikai Kenapa Anwar Tidak panggil Saksi Alibi

PANASS!!...Penyokong Pertikai Kenapa Anwar Tidak panggil Saksi Alibi

AIDCNews – 7/11/14 – Facebook pro PKR, ‘Keadilan Berani,’ mempertikai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak memanggil saksi alibi untuk membuktikan dirinya tidak bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Saksi alibi bermaksud seseorang atau bukti yang menunjukkan bahawa individu yang dituduh itu tidak berada di tempat kejadian pada masa, tempat dan tarikh seperti mana yang didakwa.
“DS Anwar Ibrahim kenapa tak bawak saksi alibi yang boleh MENAFIKAN TUDUHAN yang DSAI tiada di tempat yang dituduh pada tarikh dan masa kejadian ???????
“Mahkamah menyatakan ada menerima senarai 14 penama yang menjadi alibi DSAI. Tapi kenapa sehingga hari ini tiada seorang pon tampil ???????????????????
“Nama DS Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi HARAPAN TERAKHIR untuk menjadi saksi pun DS akhirnya keluar kan… kenapa ???????
“Dah la DS tidak masuk kandang saksi…. tidak mahu beri DNA… SAKSI ALIBI pon tiada ???????? soal facebooker ‘Keadilan berani.’
Ketua peguam bela Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram dalampenghujahan semalam berkata pemilik kondominium, Hassanuddin Abd. Hamid tidak dipanggil sebagai saksi kerana ia telah diganggu.
“Saksi pembelaan tidak boleh tampil ke depan kerana mereka diganggu,” kata Gopal.
Kenyataan Gopal itu sebagai menjawab hujahan ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang berkata Anwar seharusnya membawa saksi alibi bagi membuktikan beliau tidak berada di tempat kejadian dan bukan membiarkannya begitu sahaja.
Beliau berkata, barisan pembelaan telah menyenarai dan memberikan notis sejak 2009 kepada kira-kira 13 saksi alibi termasuk Presiden PKR yang juga isteri perayu sendiri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, pemilik unit kondominium, dua pembantu rumah dan seorang profesor.
Ini secara tidak langsung, tegas beliau, menunjukkan bahawa pihak pembelaan yakin dengan alibi mereka sendiri namun kegagalan Anwar memanggil saksi-saksi itu boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap dirinya.
“Tidak seorang pun daripada mereka dipanggil memberi ketera­ngan di mahkamah bagi menyokong alibinya bahawa dia tidak berada di kondominium pada masa itu.
“Mohd. Saiful Bukhari mengemukakan bukti yang kukuh mengenai kehadiran perayu di unit kondomini­um. Terserah baginya (Anwar) untuk mencabar keterangan Mohd. Saiful Bukhari dengan memanggil saksi alibinya,” kata Muhammad Shafee.
Sebaliknya, pemimpin pembangkang itu sewaktu memberi kete­rangan bela diri melalui kandang tertuduh menyatakan bahawa tindakan beliau tidak memanggil saksi alibi adalah sah dan munasabah.
Alasan itu bagaimanapun, kata Muhammad Shafee, tidak masuk akal.
“Apabila seseorang membawa payung, individu tersebut perlu menyatakan sama ada hari hujan atau sedang panas terik. Seseorang tidak boleh kata yang awak gila (sewaktu pembelaan) kemudian me­ngaku waras dalam perbicaraan.
“Apabila awak (pembelaan) sudah mengeluarkan notis alibi, awak perlu memanggil saksi-saksi,” ujar beliau.
Pada 2010, Bernama melaporkan pihak polis telah mendedahkan bahawa nama Wan Azizah adalah antara saksi alibi berhubung kes liwat membabitkan suaminya itu.
“Untuk makluman, nama Datuk Seri Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai antara 13 orang saksi alibi dalam notis alibi di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah yang dikemukakan melalui peguam S.N Nair dan Partners,” Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam satu kenyataan.
Source : aidc

No comments: