NUFFNANG

Monday, 24 November 2014

AWAS !! ... AGENDA MUSUH ALLAH MUNGKIN TERCAPAI ?

AWAS !! ... AGENDA MUSUH ALLAH MUNGKIN TERCAPAI ?


Sejak awal penjajahan Portugis ke alam Melayu, mereka membawa misi menyebarkan agama Nasrani selain menjajah dan memonopoli hak perdagangan. Walaubagaimanapun, usaha mereka menyebarkan ajaran Nasrani di Melaka tidak memberikan kesan yang ketara. Namun kedatangan Belanda di Indonesia pula berjaya membuka ruang kepada agama Nasrani untuk berkembang. Ramai suku kaum yang beragama pagan disana, memilih Nasrani apatahlagi dijanjikan habuan dan kedudukan.

Belanda juga menerbit dan mengedarkan bible bahasa Melayu Indonesia kepada suku pribumi disana dalam usaha dakyah mereka. Kegiatan dakyah ini turut menular di Sabah dan Sarawak semasa pendudukan Syarikat British. Di Indonesia, dilaporkan sudah lebih 2 juta umat islam disana sudah menukar agama kepada Nasrani.


Usaha menyebarkan Nasrani di semenanjung pula tidak mendapat sambutan sebaliknya ditolak mentah mentah oleh orang Melayu. Namun setelah merdeka, orang Melayu semakin lemah pegangan dan kini ramai yang memilih Nasrani sebagai agama walaupun sehingga kini Jabatan Agama Islam masih lagi berdiam diri dan enggan mengeluarkan apa apa kenyataan.

Usaha dakyah Nasrani yang dibawa oleh Portugis dan Belanda, kini diteruskan oleh NGO NGO tertentu serta mendapat sokongan daripada orang politik. Antara satu cara yang sering digunakan adalah menyebarkan bible dan risalah mengenai ajaran Nasrani didalam bahasa Melayu dikawasan kawasan perumahan dan tempat awam. Mereka juga memberikan pelbagai bantuan terutama dari segi kewangan untuk menarik minat orang ramai.

Kesedaran mengenai agenda penyebaran NAsrani mula disedari oleh NGO islam seperti ISMA namun parti politik Melayu seperti UMNO dan PAS masih lagi bersikap dingin. Mungkin kerana mahu menjaga undi. Pihak Nasrani juga semakin biadap apabila mahu kalimah Allah s.w.t digunakan dalam bible serta hak menyebarkan bible dalam bahasa Melayu kepada orang ramai (Melayu) di Semenanjung.




Usaha terancang ini diaturkan seiring dengan penguasaan politik di dua buah negeri iaitu P.Pinang dan Selangor. NGO yang berfahaman liberal semakin berani menyatakan tuntutan kepada Kerajaan Malaysia supaya hak bebas beragama terutama buat umat Islam untuk menukar agama dibenarkan. Malah mereka mahukan golongan gay diiktiraf dan dibenarkan.

Hari ini, satu daripada setiap lima (20%) orang Singapura keturunan Cina adalah Kristian. Sebelum itu pada tahun 2000, sebanyak 17 peratus Cina Singapura mengaku Kristian (sumber: Banci penduduk 2010, Banci penduduk 2000).

Singapura tergolong di antara negara teratas dunia – Top 20 countries – di mana agama Kristian berkembang dengan paling pesat. Dalam tempoh satu setengah dekad akan datang, jumlah Kristian di negara jiran kita itu dijangka akan melipat ganda.

Hakikatnya jurujual Cina yang rata-rata ketandusan etika memang pandai berdakwah. Licik sungguh dan lidah tak bertulang.

Unsur-unsur budaya Cina yang sedia ada (konsep ‘contextualization’) telah diperalatkan oleh pendakwah evangelista, misalnya angpow Tahun Baru Cina dicetak dengan ayat Bible dan diedarkan Hannah Yeoh semasa sambutan perayaan CNY.

Presiden Isma Ustaz Abdullah Zaik memberi amaran kepada pelampau Kristian dan evangelista DAP supaya berhenti daripada berterusan melakukan provokasi ke atas sensitiviti agama umat Islam.

Ustaz Fauzi pula bertanya, “Jika sekiranya mereka tidak menghormati perlembagaan, mereka nak hormat apa sebagai warganegara di Malaysia?”

Sambung beliau, “sekiranya jika kita kumpul dalam masa setahun sahaja, kita akan dapat ratusan artikel yang mereka pertikaikan Melayu adalah pendatang, mereka mempertikai kedudukan Sultan” dan bermacam-macam lagi terutamanya selepas PRU13.

“Apabila mereka merasakan mereka ada kuasa tertentu dan mereka berani mempertikai,” tambah Ustaz Fauzi, “kita hanya respon sebahagian daripada apa yang mereka pertikaikan selama bertahun-tahun.”

No comments: