NUFFNANG

Wednesday, 12 November 2014

Alhamdulillah..Tindakan Yang Cepat - isu JPJ selesai dah kalau macam ni..

Alhamdulillah..Tindakan Yang Cepat - isu JPJ selesai dah kalau macam ni..

Gembiranya hati bila viral pasal JPJ tu mendapat komen dari pihak 
bertanggungjawab;

'Pihak kementerian telah mengkaji sedalamnya mengenai tinted, 

nombor plat kereta dan pengubahsuaian kereta yang dikatakan tidak 
relevan untuk disaman.Justeru pihak kementerian telah bersetuju untuk 
menggubal kembali akta-akta dan peraturan lain demi mengekalkan 
keharmonian rakyat Malaysia. Antara perkara yang digubal semula ialah;

1. Penggunaan tinted dibolehkan pada had 50% untuk cermin sisi 

bahagian tempat duduk hadapan, belakang dan cermin belakang 
(kecuali kenderaan import yang asalnya menggunakan tinted 70% - 
MPV, SUV) dan hanya 30% sahaja untuk cermin depan.

2. Nombor plate kereta yang diubahsuai TIDAK dilarang sama sekali 

asalkan perubahan nombor dan huruf TIDAK mengelirukan atau bercorak 
berlebihan.

3. Pengubahsuaian kereta juga dibenarkan akan tetapi pemilik 

kenderaan perlu mendaftar kepada JPJ bagi mengemaskinikan data 
pemilik berkenaan.

4. Had laju di lebuh raya adalah tidak terhad, akan TETAPI pemilik 

kenderaan haruslah mengikut lorong mengikut kelajuan yang ditetapkan;
Lorong 1 : 0 - 80kmsj
Lorong 2 : 80 - 130kmsj
Lorong 3 : 130kmsj ke atas
..walaubagaimanapun,pemandu kenderaan bas awam dan lori 

hendaklah memandu pada kadar dibawah 90kmsj. Pengguna motosikal 
hendaklah memandu di lorong sebelah kiri JIKA tidak memotong dan 
DIBOLEHKAN kepada mereka yang memandu pada kadar kelajuan 100kmsj 
menggunakan lorong tengah dan kanan. (bergantung kepada kemahiran 
pemanduan).

5. Pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan pihak yang 

terlibat untuk membuka litar/lapangan kepada awam yang mempunyai 
hobi yang berkaitan dengan kenderaan serta pameran autosalon secara 
percuma.

6. Cukai kenderaan import dilupuskan manakala harga kenderaan 

tempatan dikurangkan.

7. Tidak dilupakan trek yang berasingan (berbayar) untuk golongan 

rempit/kereta yang suka membuat aksi badut sampai menyusahkan 
pengguna jalanraya yang lain. - sumber TidakBernama

-Dato Paduka Menteri Pasola
Menteri Pengangkutan
Negara Pasir Berdengung

p/s: Peraturan baru ini hanya SAH di Negara Pasir Berdengung sahaja.

No comments: