NUFFNANG

Thursday 27 November 2014

Sapa disekolahkan Pembahas Wanita hal Tanah Rizab Melayu?

Sapa disekolahkan Pembahas Wanita hal Tanah Rizab Melayu?


KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pengambilalihan tanah rizab untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu dikhuatiri akan memberi kesan buruk terhadap geopolitik di sesuatu kawasan.

Wakil Wanita UMNO Selangor, Datuk Dr. Rozaidah Talib berkata, sitausi geopolitik yang wujud daripada tindakan itu dikhuatiri menjadi penyebab utama tergugatnya sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya terus tiada kawalan dalam pengambilan tanah rizab berkenaan.

“Geopolitik berkait rapat dengan soal pilihan raya melalui kawasan yang ditandingi dan dikuasai. Jika dilihat hubung kait geopolitik dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pakatan pembangkang semakin mengukuhkan kedudukan di Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti dua per tiga.

“Ini bermakna rakyat yang berhijrah ke sesuatu kawasan yang telah dibangunkan menjadi punca sokongan Melayu semakin menipis kerana orang Melayu tidak mampu memiliki rumah mewah, sekali gus kekalahan BN akan semakin teruk,” katanya semasa menyokong Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Rozaidah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang berkata, orang Cina pula menolak BN di kawasan majoriti kaum tersebut terutamanya di bandar, sekali gus menunjukkan penurunan sokongan sehingga 10.8 peratus.

Beliau berkata, sokongan orang Melayu kepada BN secara purata di Semenanjung adalah 63 peratus dengan Johor memiliki 84 peratus pengundi.

“Namun di Kelantan, walaupun orang Melayu di sana menyokong bangsa Melayu tetapi mereka tetap menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pas,” katanya. - Utusan Malaysia

Unspinners hanya terfikir .... hal ni ramai dah ketahui. Takkan UMNO baru tahu?


Entah-entah ditujukan untuk seprang yang tak berapa faham. Kalau dia jenis kurang faham, layakkah dia diberi jawatan tinggi dan penting dalam parti?
source : the unspinners

No comments: