NUFFNANG

Wednesday, 19 November 2014

ANWAR TERSEDAK BILA HARGA PETROL DITURUNKAN!

ANWAR TERSEDAK BILA HARGA PETROL DITURUNKAN!


Kerajaan hari ni mulai tengah malam semalam telah menurunkan harga runcit petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.55 sen daripada RM2.75 seliter. Harga petrol itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

Setelah 12 jam berlalu, berita ini ternyata menyentak hati Anwar Ibrahim dan semua politikus-politikus opportunis Pakatan Rakyat.

Sebelum itu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah membayangkan harga petrol mungkin akan diturunkan jika harga minyak di pasaran dunia menjunam sekitar US$70-US$75 (RM231.00 - 247.00) setong.     

Kemungkinan harga runcit petrol RON 95 dan Diesel juga boleh turun jika trend harga pasaran bahan api tersebut turun dan kerajaan tak perlu tampung banyak subsidi. 

Tapi harga RON 97 tetap diapungkan dan ikut harga pasaran semasa, tak de subsidi.

Mungkin berita ini tak akan masuk akhbar, portal, blog dan facebook puak-puak pencacai PR. Kalau masuk pun mereka gerenti tak akan bersyukur dan berterima kasih. Sebaliknya akan tetap pertikai kenapa turun doposen jer...kenapa tak bagi free jer atau murah macam Venezuela, Arab Sodi, Qatar, Kuwait. Kenapa RON 97 tak RON 95, kenapa tak Diesel... bla...bla...bla...pot pet pot pet.

Lantak korang ler... 

Yang penting sekarang ni kerajaan mesti tegas menangani kegiatan penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi oleh para pengkhianat dan penyanggak ekonomi. 

Jangan dok asyik heret ikan-ikan bilis jer, tak pun asyik pegawai penguatkuasa jer yang nampak salah dan makan rasuah sedangkan segala Ah Beng, Lim Kang Kang, Ah Chong, Balasundram, Mamat dan pendatang-pendatang asing yang turut terlibat menyeleweng subsidi dibiarkan bermaharajalela. 

Jarang-jarang juga kelibat perasuah dan penyanggak yang ditangkap dan diheret ke mahkamah disiarkan oleh media-media. Yang nampak hanya pegawai awam dan penguatkuasa yang korup jer yang kena. Yang bagi rasuah adakah mereka sengaja dilindungi?  

Selamber jer warga Singapork ini isi RON 95. Layakkah mereka makan subsidi rakyat negara ini?
Kerajaan kena juga ambil tindakan tegas melarang RON 95 dijual secara bebas kepada warga asing terutamanya kenderaan warga Singapork yang memang tak layak guna RON 95 dan Diesel bersubsidi. 

Kalau mereka nak guna juga sila pakai harga runcit tanpa subsidi. Setakat pantau apa hasilnya????Berbilion kita rugi setahun dek kerana subsidi kita dirompak oleh warga asing sedangkan kita membiarkannya.

Mereka buat pasal, tak pasal-pasal rakyat kena tanggung masalah kenaikan harga akibat pengurangan subsidi. Selesaikan masalah dengan timbulkan masalah. Itu bukan cara yang bijak. 

Sebenarnya kita boleh guna sistem kad pengenalan, biometrik, nombor pin dan auto debit untuk isi minyak di stesen pam minyak. 

Sistem dan mekanisme ini agak lebih adil dan sistematik kepada warganegara kita berbandingsistem pengagihan subsidi berkasta yang cuba dicadangkan oleh punahsihat-punaisihat dan kausultan - kausetan yang bergaji mewah dan tak pernah faham apa yang rakyat di bawahan inginkan.

Bagi duit cash untuk ganti subsidi juga bukan solusi yang bijak kerana ramai yang akan jadi seperti pemintak sedekah.

Rakyat inginkan harga barang keperluan harian yang berbaloi dengan gaji mereka. 
Mengenakan harga yang tinggi tanpa subsidi pada golongan berpendapatan RM10,000 ke atas pun bukan solusi yang cerdik sebab mereka juga terbeban apatah lagi hidup di bandar besar nak bayar itu ini. Jangan ingat gaji mereka dah stabil boleh enjoy.

Paling tidak pun setiap tahun Basic LOAN RATES / Basic Financing Rates (BLR/BFR) perumahan, pinjaman kenderaan dan lain-lain pinjaman peribadi atau pelaburan naik dan memeningkan kepala mereka juga....undi ???

Yang rakyat harapkan sekarang adalah mereka dapat gaji yang berbaloi dengan perbelanjaan membeli barang makanan, persekolahan anak-anak selain keperluan peribadi. Ada sikit-sikit boleh buat simpanan atau pelaburan masa depan.

Jaga perut dan hati rakyat, insya Allah Nuar Berahim tak de tempat kat Malaysia ni...gituuuu.

source : mymassa

No comments: