NUFFNANG

Monday, 24 November 2014

ADAKAH UMNO SANGGUP MENYAHUT ... CABARAN ANAK 11 TAHUN!? SAUDARA KHAIRUL AZWAN HARUN, NAIB KETUA PEMUDA UMNO ADA BERANI MENJAWAB SOALAN ADIK AHMAD BIN ABDUL KARIM 11 TAHUN?

ADAKAH UMNO SANGGUP MENYAHUT ... CABARAN ANAK 11 TAHUN!? SAUDARA KHAIRUL AZWAN HARUN, NAIB KETUA PEMUDA UMNO ADA BERANI MENJAWAB SOALAN ADIK AHMAD BIN ABDUL KARIM 11 TAHUN?

Pemimpin pemuda parti Melayu desak supaya kepemimpinan parti Melayu jangan beri perhatian kepada kumpulan politik Melayu kerana ini tidak memberi tenaga tambahan kepada parti Melayu dan akan memberi impak ahli parti Melayu akan ketinggalan dari segi kemajuan minda?! Isyk...isyk Bang Non..fenin Jah...fenin!!!
Salam 2 all.

Saudara Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia meminta kepimpinan UMNO supaya 'tidak memberi lebih perhatian kepada mana-mana kumpulan politik berhaluan kanan yang mendakwa memperjuangkan lebih kepada kepentingan kaum Melayu.'

Malah beliau dipetik sebagai berkata, 'pemimpin UMNO harus bersungguh-sungguh dalam mempraktikkan pendekatan kesederhanaan selain mengakui pendekatan berhaluan kanan tidak memberi tenaga tambahan kepada parti'.

Beliau dipetik menambah 'UMNO tidak boleh terlampau mengikut suara pendesak Melayu yang boleh memudaratkan parti selain memberi impak ditinggalkan dari segi kemajuan minda ahli-ahli'.

Sila rujuk www.astroawani.com/news/show/pemimpin-umno-jangan-beri-muka-kumpulan-haluan-kanan-azwan-bro-48881.

Apabila membaca kenyataan saudara Khairul ini, saya mulanya ingat saya tersalah baca!

Pemimpin parti Melayu desak supaya kepemimpinan parti Melayu jangan beri perhatian kepada kumpulan politik Melayu kerana ini tidak memberi tenaga tambahan kepada parti Melayu dan akan memberi impak kepada ahli-ahli parti Melayu akan ketinggalan dari segi kemajuan minda dan pemikiran?!

Biar betul yop!

Saya ingatkan pemimpin parti Melayu akan desak kepimpinan parti Melayu supaya jangan tunduk dan beri perhatian kepada kumpulan politik cauvinis, rasis dan ekstremis berhaluan kiri seperti Dong Zhong atau Hindraf kerana menyedari survival dan kekuatan parti Melayu terletak kepada sokongan kumpulan politik Melayu?
Sebenarnya saya sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan oleh saudara Khairul dengankumpulan politik Melayu berhaluan kanan yang mendakwa memperjuangkan kepentingan kaum Melayu.

Jika beliau merujuk kepada perjuangan pertubuhan-pertubuhan dan NGO-NGO Melayu seperti Perkasa, ISMA, Muafakat, GPMS dan lain-lain sebagai berhaluan kanan yang tidak memberi tenaga tambahan kepada UMNO dan akan membantutkan kemajuan minda ahli UMNO, saya minta saudara Khairul Azwan supaya membuktikan dimana dan bagaimana perjuangan pertubuhan Melayu berhaluan kanan ini tidak akan memberi tenaga tambahan kepada UMNO dan akan membantutkan kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?

Adakah saudara Khairul bermaksud perjuangan memperkasa, membela dan mempertahankan kedudukan dan hak istimewa Islam, Melayu dan Raja-Raja seperti yang terkandung didalam Perlembagaan sebagai perjuangan berhaluan kanan yang tidak akan memberi tenaga tambahan kepada UMNO dan membantutkan kemajuan minda ahli UMNO?

Jika begitu, saya mohon pencerahan daripada saudara Khairul apakah maksud perjuangan berhaluan sederhana yang mahu diperjuangkan oleh beliau dan Pemuda UMNO?

Adakah perjuangan gagasan pemikiran dan amalan liberalisma dan pluralisma   seperti yang cuba dibawa oleh Ulil Abshor Abdalla yang dijemput oleh Gerakan Moderat Global dibawah pimpinan tokoh UMNO Saifudin Abdullah yang beliau maksudkan sebagai perjuangan berhaluan sederhana yang akan memberi impak tenaga tambahan kepada UMNO dan membantu kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?

Adakah tindakan Ketua Pemuda UMNO yang juga menantu Pak Lah Badawi melancarkan buku tulisan tokoh pro pembangkang yang menyokong Comango didalam Gereja DUMC yang disiasat oleh JAIS atas dakwaan cuba memurtadkan umat Melayu-Islam yang beliau maksudkan sebagai perjuangan berhaluan sederhana yang akan memberi impak tenaga tambahan kepada UMNO dan membantu kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?

Adakah penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini ura-ura mahu menghapuskan Akta Hasutan yang saudara Khairul maksudkan sebagai perjuangan berhaluan sederhana yang akan memberi impak tenaga tambahan kepada UMNO dan membantu kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?
Adakah saudara Khairul Azwan lupa bahawa melalui sumbangan dan sokongan tidak berbelah bahagi kumpulan yang beliau dakwa berhaluan kanan Melayu ini pada PRU-13 yang membolehkan orang Melayu kekal menyokong dan mengundi UMNO-BN menyebabkan UMNO dapat menambah kerusi daripada 81 kepada 88?

Adakah saudara Khairul bermaksud UMNO tidak lagi memerlukan sokongan dan dokongan pertubuhan-pertubuhan dan NGO-NGO Melayu kerana khuatir ia tidak akan memberi impak tenaga tambahan kepada UMNO dan akan membantutkan kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?

Dan akhir sekali, saya minta saudara Khairul untuk menjawab soalan yang dilontarkan oleh adik Ahmad Ali Bin Abdul Karim, seorang anak Melayu berumur 11 tahun yang mempunyai kemajuan minda yang hebat yang bertanya satu soalan dilaman sesawangnya seperti berikut:

"Ahmad Ali Abdul Karim

https://ahmadalikarim.wordpress.com/?s=denison+jayasooria

There is a leader who hold three important posts in the government of Malaysia as well as in his party.

His name is Khairy Jamaluddin, and he is the Sports and Youth Minister, the UMNO Youth Chief and the Member of Parliament of Rembau.

As a youth leader of his party, he must understand which party he is representing and who are the members of his political party.

On September 3, 2014, he launched Proham secretary-general, Datuk Dr. Denision Jayasooria’s biography at the DUMC.

There are three things I must say about this:


1.      Dr Denison is one of COMANGO‘s activists.
So why must Khairy launch a biography of an activist who is fighting against the Federal Constitution and the policies of Khairy’s political party, especially ‘ketuanan Melayu’ and Islam as in the 2011 DUMC case, kalimah Allah issue, bible issue, Article 3(1), Article 121(1A), Article 153, Article 160 and others? Khairy COMANGO has lots of agendas against the government and is fighting for the opposition party to take over the Malaysian government.

2.      DUMC is a church.
Why in the world a Muslim leader like Khairy Jamaluddin must go inside a church, just to launch such a book? If Khairy does not bother about the sensitivity and feelings of the Malays who are represented by UMNO and who voted for Khairy’s party in the GE13, why can’t Khairy, as a Muslim ask for the book launch to be held in another place instead of a church?

3.      And why DUMC?
Has Khairy forgotten the DUMC case where on the 4th day of Ramadhan 1432/2011, JAIS received a report that there were Muslims attending a church program at DUMC and they were having dinner even before Maghrib? So JAIS went there to investigate, but were stopped by the church’s people. JAIS, UMNO and the government were badly condemned and blamed by the Christians, opposition parties’ leaders and also activists who are now involved in COMANGO, when according to the law JAIS did the right thing.

Is Khairy an UMNO leader who really does not care about the dignity of Islam, the feelings and the sensitivity of the Muslims who voted for UMNO which made it possible for him to become a minister?

Please do not hurt the feelings of those who support UMNO in order to be popular among those who hate UMNO.

I hope his boss’ll remind him to remember, understand and uphold the 7 Wasiat Raja-Raja Melayu".


Selamat bersidang kepada saudara Khairul.

Semoga saudara Khairul dapat merangka suatu strategi hebat bertaraf sederhana demi untuk tidak membantutkan kemajuan pemikiran saudara semua, dan supaya ianya membawa impak positif kepada UMNO.

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
01 Safar 1435
24 November 2014

No comments: