NUFFNANG

Thursday 27 November 2014

PM NAJIB RAZAK BUAT KEJUTAN DI #PAU2014 !!

PM NAJIB RAZAK BUAT KEJUTAN DI #PAU2014 !!

Hari ini, PM Najib Razak telah menjawab satu isu yang menjadi perbualan rakyat. Malah, sebelum ini, rakyat juga bangkit untuk mempertahankan akta ini supaya tidak dimansuhkan memandangkan impak negatifnya jika ianya tiada lagi.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.

Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan.

Berucap merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, beliau berkata, ia akan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu

- Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.

- Kita akan memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari malaysia - MK
Respons Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Pengumuman ini menjawab segala pertanyaan tentang isu akta hasutan yang diketengahkan oleh sayap-sayap UMNO kelmarin. MiM jangka pengumuman Najib Razak ini akan menjadi topik panas dan akan dispin oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang terutamanya DAP.

Biarkanlah mereka. 

Yang penting ialah kita mahu mengekalkan perpaduan dan keamanan negara yang berbilang kaum ini.

Dalam masa yang sama, rakyat juga patut bangkit membantah tindakan PKR yang sebelum ini derhaka kepada Sultan Selangor tetapi juga didakwa berbohong kepada baginda! BACA SINI 

source : dr mim

No comments: