NUFFNANG

Wednesday 26 November 2014

PAS enggan ulas isu timbalan speaker Selangor, elak hubungan Pakatan lebih teruk



Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata alasan yang diberi Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tentang demokrasi dalam Pakatan Rakyat mencukupi untuk isu pertembungan DAP dan PAS dalam perebutan jawatan timbalan speaker Dewan Negeri Selangor (DNS). – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 November, 2014.











PAS ENGGAN ULAS ISU TIMBALAN SPEAKER SELANGOR, ELAK HUBUNGAN PAKATAN LEBIH TERUK



Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata alasan yang diberi Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tentang demokrasi dalam Pakatan Rakyat mencukupi untuk isu pertembungan DAP dan PAS dalam perebutan jawatan timbalan speaker Dewan Negeri Selangor (DNS). – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 November, 2014.
Pemimpin PAS mengambil sikap berdiam diri daripada memberikan sebarang ulasan terhadap tindakan DAP yang turut mencalonkan pemimpinnya untuk dilantik sebagai timbalan speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) untuk mengelak Pakatan Rakyat (PR) terus kecoh.

Sehingga kini tiada seorang pun pemimpinnya yang memberi ulasan mengenai tindakan DAP itu.

"Cukuplah ulasan yang diberikan menteri besar ia adalah hak demokrasi DAP," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider.
Ketika ditanya, Mustafa enggan mengulas lebih lanjut, bimbang kalau ia boleh mengeruhkan lagi hubungan dalam PR itu.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali ketika diminta mengulas isu pertembungan PAS dan DAP bagi merebut jawatan timbalan Speaker itu, berkata ia bukti pakatan  mengamalkan demokrasi.

“Kita buat begitu sebab kita mengamalkan demokrasi,” katanya ketika sidang media selepas membentangkan Bajet Selangor 2015 di Dewan Negeri Selangor.

DAP bertindak mencalonkan Adun Sekinchan Ng Suee Lim sebagai timbalan speaker Dewan Negeri Selangor ketika PKR dan PAS memutuskan untuk mencalonkan Adun PAS dari Bangi, Shafie Ngah untuk jawatan itu.

Akibatnya apabila undian dibuat, Suee Lim hanya mendapat 14 undi, iaitu dari semua Ahli DNS DAP, manakala Shafei mendapat 28 undi iaitu dari ADN PAS dan PKR manakala ahli dari Umno tidak mengundi.

Ng Suee Lim ketika bercakap kepada pemberita berkata tindakan DAP yang sengaja mencalonkan wakil rakyatnya walaupun sedia maklum kerusi itu diperuntukkan untuk PAS, merupakan protes senyap kepada parti Islam itu dan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebelakangan ini dilihat membuat tindakan tidak selari dengan semangat PR.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor itu mengakui, pencalonanya diputuskan dalam mesyuarat DAP Selangor sejak sebulan lalu dan tidak menolak kemungkinan salah satu sebab DAP mengemukakan calon kerana kecewa dengan sikap PAS terutamanya menangani isu krisis menteri besar sejak lima bulan lalu.

"Ini tanda protes senyap kepada PAS terhadap peranannya dan protes terhadap isu Hadi yang sering tidak hadir mesyuarat," katanya kepada pemberita selepas sidang DNS baru-baru ini.

Hubungan antara PAS dan DAP semakin keruh ekoran keputusan DAP yang mempertikaikan ketidakhadiran presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke mesyuarat pimpinan PR sedangkan bagi DAP, beliau mempunyai kuasa pemutus dalam parti Islam itu.

Hadi dikatakan membuat keputusan melangkaui keputusan Jawatankuasa Pusat PAS dan juga keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PR yang dihadiri pemimpin PAS yang lain.

Ada juga yang berpandangan, DAP sengaja mahu menekan PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat selepas merasa tidak selesa dengan PAS dan yakin sokongan terhadap mereka di kalangan orang Cina akan mengekalkan kuasa mereka dalam politik.

Menjelang pilihan raya Sarawak 2002 lalu, DAP mengambil keputusan meninggalkan Barisan Alternatif (BA) setelah tidak berpuashati dengan PAS, termasuk isu Dokumen Negara Islam..


source : dr mim

No comments: