NUFFNANG

Saturday 29 November 2014

BONGKAR DAN PANASSS!!! ... Rakaman Audio Dedah Rahsia PasMa Disebar..


BONGKAR DAN PANASSS!!! ... Rakaman Audio Dedah Rahsia PasMa Disebar..

AIDCNews – 29/11/14 – Satu rakaman audio mendedahkan rahsia di sebalik tabir Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mula disebar.
Pendedahan itu dibuat oleh veteran PAS, Daeng Sanusi Daeng Mariok (Pak Daeng) dalam satu tazkirah lepas solat Maghrib
Bagi aktivis PasMa, Che Ibrahim Mohamed, pendedahan Pak Daeng itu seumpama PAS mahu melancarkan ‘perang’ terhadap NGO itu.
Pak Daeng menyebut tiga nama yang menjadi tunggak PasMa iaitu Dato’ Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS Kota Bharu), Datuk Husam Musa (ADUN Salor, Kelantan) dan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (ADUN Pengkalan Kundor,Kedah).
Menurut Pak Daeng, beliau tidak akan menyokong PasMa kerana mengenali tokoh-tokoh di belakang NGO itu.
“Siapa dia Cikgu Rahim (Wan Abd Rahim)..orang bukan sikit-sikit perasaan dalam PAS. Walaupun dia ketua kawasan (PAS) Kota Bharu tetapi masa depannya tidak ada di dalam PAS.
“Saya tahu masalah dia. Memang masalah betul. Bukan sikit-sikit masalah
“Husam Musa juga terlibat dengan PasMa, walaupun dia nafikan bahawa PasMa ditubuhkan bukan di rumah dia. Tak apa lah, tapi saya faham begitu. Dia (Husam) macam penggerak belakang PasMa/ Husam juga terpinggir dalam PAS kerana nampaknya tak berapa ada masa depan dia dalam PAS kerana dia telah melakukan banyak kesilapan-kesilapan dalam PAS.
“Termasuk Phahrolrazi, Presiden PasMa. Siapa dia Phahrolrazi ? Yang merebut jawatan Menteri Besar dengan ustaz Azizan ketika Allahyarham sakit itu, siapa dia ? Bukan dia ke ?,” kenyataan Pak Daeng dipetik.
Pak Daeng merumuskan hampir keseluruhan yang terlibat dalam PasMa adalah mereka yang bermasalah dalam PAS.
“Pada saya, PasMa ini, Insya Allah tak panjang usianya dan pada saya orang yang menubuhkan dan mendokong PasMa ini (adalah) orang yang bermasalah dalam PAS dan dilihat mungkin tidak ada masa depan dalam PAS.
“Maka, dia nak juga jadi orang kuat, orang terkenal, maka ditubuhkan NGO lain, mudah-mudahan dia boleh jadi terkenal juga,”katanya lagi.

Source : aidc

No comments: