NUFFNANG

Monday 24 November 2014

SEMAKIN TERUK ! PAS & DAP GADUH LAGI !

SEMAKIN TERUK ! PAS & DAP GADUH LAGI !

Nampaknya, percakaran sesama DAP dan PAS semakin bertambah teruk dan menambah buruk imej Pakatan Pembangkang yang memang telah rosak dan memalukan.


Yang terbaru ialah laporan portal pro-pembangkang, SorosKini MalaysiaKini tentang Dewan Ulama PAS yang menegur pemimpin pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang "menyerang" Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang.

Semuanya itu gara-gara Abdul Hadi didakwa gagal menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pusat pakatan parti pembangkang itu.
 
Pemangku ketua dewan ulama PAS Datuk Ahmad Yakob berkata jika benar mereka mahu membangkitkan isu berkenaan, rakan strategik PAS itu boleh menyalurkannya melalui forum dalaman pakatan berkenaan.seterusnya
Kesihan pula bila kita melihat kepimpinan PAS masih berdolak-dalih, lembek dan ibarat tidak berpijak di bumi yang nyata tentang penghinaan DAP pada Presiden PAS. 

Mungkin kerena itu, aksi londeh-melondeh sesama penyokong PAS, DAP dan Pembangkang semakin menjadi-jadi di dalam portal pro-pembangkang, SorosKini MalaysiaKini.

Yang terbaru ialah beberapa printscreen panas di bawah : 








Kita percaya bahawa kepimpinan PAS semakin terdesak dan gagal mempertahankan Presiden parti mereka sendiri. 

Begitu juga dengan imej parti PAS yang semakin pudar, lebih-lebih lagi apabila mereka masih lagi berpaut kepada parti DAP yang bukan sahaja telah memalukan mereka tetapi turut dihina oleh DAP Sarawak sebelum ini.

Hanya satu saja cara untuk PAS menebus balik maruah mereka iaitu keluar daripada Pakatan Pembangkang.

Source : dr mim

No comments: