NUFFNANG

Friday, 28 November 2014

MAYDAY! MAYDAY! ... MOHON BANTUan kepada WARGA UMNO di PWTC untuk menolong PESAKIT SEL-SEL OTAK yang TIDAK berHUBUNG ini..

MAYDAY! MAYDAY! ... MOHON BANTUan kepada WARGA UMNO di PWTC untuk menolong PESAKIT SEL-SEL OTAK yang TIDAK berHUBUNG ini..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selain menDENGAR sedikit SELINGAN LAWAK semasa perBAHASan PAU 2014 ini, apa KATA kalau kita turut memBACA jugak TULISan berUNSURkan JENAKA di dalam UTUSAN Malaysia di dalam WAWANCARA dengan seseorang yang kita pernah GAMBARkan yang SEL-SEL OTAKnya TIDAK berHUBUNG.. ->KLIK<- a="">


UTUSAN: Ada bertanyakan mengapa barisan Exco dan ketua pemuda negeri tidak 'seghairah' ketuanya (Khairy) yang kelihatan begitu agresif dan lebih terampil?

KHAIRUL AZWAN: Bagi saya, Pemuda mesti melahirkan peneraju pemikiran (opinion leader) seperti mana KJ yang sendiri telah ke depan bergerak ke arah itu. Jadi, apabila kepemimpinan Pemuda berjaya menghasilkan peneraju ini, mereka sekali gus boleh berhujah dan menjadi nilai tambah untuk parti. Itu yang dimaksudkan era politik progresif.Pemuda era dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikatakan lebih berketrampilan berbanding Pemuda UMNO sekarang. 


Benarkah telahan ini? Pemuda era sekarang berbeza. Sekarang, ramai anak muda lebih tertarik pada pengisian, iaitu idealisme baharu. Andai kalau Pemuda leka dan tidak mampu mendepani perkara ini, maka mereka (orang muda di dalam dan luar parti) akan memilih parti yang boleh menjiwai mereka. Di sini, saya tidak malu untuk akui bahawa lebih ramai pemuda berada di pihak sebelah sana (pembangkang).


UTUSAN: Barangkali barisan Exco dan ketua pemuda negeri tidak boleh 'mengendeng' atau terlalu bergantung setiap masa pada Khairy yang kelihatan dia sendiri secara solo pun boleh melangkah jauh?

KHAIRUL AZWAN: KJ memang sudah popular. Kita sebenarnya boleh melahirkan lebih ramai KJ. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya hampir menyamai KJ. Jadi, kalau nak lahirkan Pemuda sebegini, kesungguhan untuk berbuat demikian perlu datang daripada pucuk pimpinan. Kalau tidak diketengahkan (ditampilkan) Pemuda contohnya sebagai Senator atau beri sesuatu supaya generasi muda nampak mereka dihargai, saya tidak nampak ada anjakan untuk survival parti.


Dalam hal ini, saya suka sebut tentang peluang dan ruang diberikan untuk Pemuda  mengisi barisan pembuat dasar kabinet, jabatan kerajaan, barisan legislatif dan ahli lembaga pengarah GLC (syarikat milik kerajaan). Kelihatannya ketika ini ia didominasi bekas penjawat awam, ahli politik dan lain-lain yang berusia lebih 50-an. Saya kini berusia 38 tahun dan agak-agaknya bila sampai masanya saya 'berpeluang', saya sudah pun menjangkau umur 50 tahun.  

HE!HE!HE! SEL-SEL OTAKnya masih GAGAL lagi untuk berHUBUNG.. Patutlah 2 HARI lepas Pemuda UMNO lepas aje perSIDANGan pakat HISAP ROKOK kat LALUan BILIK MEDIA tuh.. HISAP ROKOK kat kawasan ber'AIR-COND' dalam BANGUNan? Kalau SEL-SEL OTAK mereka nih berHUBUNG, agak-agak ada ke keSEDARan SIVIK untuk menghalang mereka dari berBUAT demikian? 
Kita patut TANYA kat TS Muhyiddin kenapa KRONIK sangat SEL-SEL OTAK TIMBALAN 'BOSS' Pemuda UMNO ini untuk berHUBUNG?Mungkin TS Muhyiddin patut ULANG semula 'JAWAPAN' yang pernah diSEBUT semasa SESI peRASMIan pemBUKAan perSIDANGan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO 2014?


43. Bagi saya, kita perlu membuktikan bahawa UMNO bukannya sebuah parti yang lesu. UMNO bukannya parti yang mempunyai budaya pak turut, budaya nyanyi, budaya puji, budaya lambung, budaya ampu sana ampu sini. UMNO adalah parti yang berwibawa, parti yang ada idealisme, parti yang ada masa depan, parti pilihan anak-anak muda. Ingatlah, orang muda hari ini tidak suka jadi pak turut. Mereka naik geli dengan budaya ampu. Mereka benci budaya sabo. Mereka tolak budaya cah keting. Jika kita boleh buang semua budaya negatif ini jauh-jauh, saya yakin UMNO akan menjadi parti pilihan orang muda.

46. Saya kadang kala terfikir adakah sudah tidak ada keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan? Adakah sudah tidak ada nilai pengorbanan dalam politik? Adakah pengikut menilai pemimpin semata-mata berdasarkan kemampuan mereka untuk tabur kemewahan? Adakah pemimpin mengukur kesetiaan pengikut berdasarkan harga yang mereka bayar? Bagi saya, budaya ugut dan tabur ini amat bahaya kepada parti kita. Budaya ini akan menyebabkan politik wang berleluasa di dalam parti. Pengikut yang terima wang akan suka. Mereka puji pemimpin yang boleh beri sesuatu kepada mereka. Tetapi jangan kita lupa. Rakyat di luar sana tak suka politik wang. Mereka curiga bila lihat orang politik hidup mewah. Tak setimpal dengan pendapatan. Apatah lagi jika ada yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan. Rakyat akan mula menuduh bermacam perkara yang tidak baik terhadap parti kita. Inilah punca masalah trust deficit atau defisit kepercayaan terhadap UMNO. Jadi, ingatlah. Apa guna kita naik dalam hiraki parti, tetapi rakyat menolak parti kita kerana mereka tidak suka dengan imej dan sikap kita. ->KLIK<- a="">

Oleh itu, kita berHARAPlah kepada SEMUA WARGA UMNO yang berKUMPUL di PWTC itu supaya turutlah SAMA memBANTU memperBETULkan SEL-SEL OTAK TIMBALAN 'BOSS' Pemuda UMNO ini supaya ianya dapat kembali berHUBUNG.. Janganlah asyik nak ber'SHOPPING' aje.. Sekali-sekali patut jugak BUAT KHIDMAT MASYARAKAT dengan memBANTU mereka yang menghadapi MASALAH SEL-SEL OTAK seperti dia tadi.. KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

No comments: