NUFFNANG

Tuesday, 24 November 2009

Shah Alam/PJ dijadikan pusat maksiat untuk tampung pendapatan kerajaan negeri? Itulah akibat bila mb/pakatan rakyat/pas ikut sangat telunjuk ckp dap

MYSTERY: Shah Alam/PJ dijadikan pusat maksiat untuk tampung pendapatan kerajaan negeri


Mula-mula kerajaan Pakatan Rakyat mula-mula mengambilalih Selangor, DAP telah membenarkan cybercafe di Selangor tutup lambat hingga ke pagi. Dalam setahun saja, rumah urut sudah muncul di Shah Alam. Ronnie Liu berjuang dengan sokongan tidak bermoral dari MP PAS Khalid Samad dan MB PKR Khalid Ibrahim supaya arak dibenarkan dijual di Shah Alam. Take Beer!

Baru-baru ini kami diberitahu akan rancangan kerajaan negeri Selangor untuk menggezetkan beberapa tempat di Selangor sebagai International Tourism Zone. Disebaliknya zon-zon ini akan membuka kedai Centre of Entertainment yang dibenarkan dibuka dari pukul 10 malam hingga 4 pagi.

Walaupun Elizabeth Wong cuba menafikan, kami difahamkan exco kerajaan negeri telah luluskan konsep zon ini bagi Shah Alam. Habislah Shah Alam yang dibina dari masa zaman Hussein Onn sebagai model bandaraya Melayu Islam yang bersih dari kegiatan hiburan yang maksiat dan penuh ciri dan budaya Islam, kini sudah mula dijadikan sasaran untuk dinoda dengan maksiat. Apa boleh buat bila ada MP PAS seperti Khalid Samad.

Selain dari Shah Alam, dua lagi tempat sudah dirancang iaitu di One Utama dan The Curve. Kedua-dua kawasan ini adalah sangat berdekatan dengan kawasan perumahan yang besar. Adakah tujuan kerajaan Selangor untuk meningkatkan maksiat dan membiarkan samseng yang berkaitan dengan kegiatan hiburan berleluasa di kawasan perumahan????

Kami juga telah perolehi dokumen rahsia yang menunjukkan kerajaan Selangor terpaksa lakukan ini semua kerana mereka tidak ada ide untuk membangunkan Selangor dan agak terdesaak kedudukan kewangan negeri. Ini kita sudah tahu dari penipuan roundtripping Khalid Ibrahim, bujet yang defisit dan memakna rizab kerajaan negeri.

Setakat Jun 30 2008 ke Jun 30 2009, semua kutipan cukai kerajaan negeri khususnya dari parit dan taliair dan hasil hutan - menjunam turun lebih 30%. Propaganda oleh PR seolah-olah kaum Cina menyokong kerajaan PR dengan tidak menangguh dan membayar segera quit rent dan cukai tanah adalah bohong!

Hanya cukai hiburan saja yang meningkat 11.83% dari RM12,530,123-89 ke RM14,012,604-64. Dengan rancangan Nampaknya kerajaan Selangor mahu jadikan Selangor negeri maksiat sebagai menampung perbelanjaan boros mereka.

Tak lama lagi banyaklah gay bar di Shah Alam. Bagus untuk orang Melayu kata Penasihat.

MYSTERY: Pembantu khas ADUN DAP Janice Lee terlibat dengan dadah?

Blogger Gomo melaporkan pada November 10hb bahawa dua orang pembantu khas kepada Adun Teratai Janice Lee (DAP) telah ditahan di sebuah Balai Polis bersama dengan seorang Pengedar DADAH.

Pembantu2 khas itu disuspek telah membantu Pengedar DADAH tersebut dalam satu urusan jualbeli dadah.


Menurut Gomo, ianya seolah-olah ada kaitan dengan satu rampasan dadah yang dibuat polis di Pulau Pinang pada akhir bukan Julai tahun ini. Rampasan itu melibatkan dadah bernilai RM10 juta.


Rampasan ini menimbulkan persoalan bagaimana ia boleh berlaku? Sumber mengatakan penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas didalangi orang dalam lapangan terbang dan pihak berkuasa dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kami The Unspinners menyokong usaha pihak PDRM cawangan Narkotik dalam siasatan untuk mengenalpasti samada mereka benar ada hubungkait dengan pengedar DADAH tersebut.

Maklumat mengenai perkara ini masih tidak lengkap. Kami TIDAK menuduh ADUN Janice Lee terlibat. Namun begitu, kami khuatir kerana pelbagai berita dan khabar mengenai polisi kerajaan PR Selangor berkaitan kegiatan hiburan dan kaitan dengan jenayah serta tuduhan mahkamah yang membabitkan ADUN tertentu PR Selangor.

Kami berharap pihak PDRM mengemaskini orang awam dengan perkembangan terkini, jika perlu dan tidak merosakkan siastan.

No comments: