Edisi Pagi : BTN mungkin...
Saya tidak pernah ditawar mengikuti kursus BTN zaman sekolah dulu dan saya tidak mengetahui apakah isi perjalanan kursus tersebut. Untuk lebih adil saya terpaksa menyemak info yang ada ditulis dalam internet. Alhamdulillah saya menemuinya.
Kenyataan boikot diambil atas alasan kerana Pakatan Rakyat menuduh BTN menyebabkan kebencian kepada pembangkang. Seperti kenyataan Dr Halimah Ali di sini Sedangkan yang saya tahu Selangor memang ingin membuat sendiri kursus mereka bahkan mewajibkannya kepada sesiapa yang ingin mendaftar dengan negeri Selangor seperti info ini http://spies.selangor.gov.my/ dan http://www.harakahdaily.net/
Andaian bahawa BTN, sebuah agensi bawah Jabatan Perdana Menteri membangkitkan perkauman adalah perkara pelik bagi saya kerana konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh PM dan dilaksana oleh BTN. Lihat berita di sini Apakah matlamat 1Malaysia semua sudah tahu. Antara gagasannya ialah konsep penerimaan dimana semua rakyat menerima satu sama lain. Klik sini huraian lanjut http://www.malaysianbar.org.my/
Huraian dan alasan kenapa BTN mustahil membawa isu perkauman turut dihuraikan panjang lebar oleh Dr Puad Zarkashi di blog beliau di sini termasuk info bahawa keahlian PKR hanya bertambah 1000 dalam tahun 2009.
Namun beberapa andaian boleh berlaku seperti :
1. Ada penceramah BTN MUNGKIN menyiarkan gambar de facto PKR yang rapat dengan pemimpin Amerika.
2. Atau MUNGKIN menyiarkan gambar penyokong PAS yang baring di tengah jalan menghalang kereta DYMM Sultan Perak semasa krisis di Perak tempoh hari. Untuk menceritakan masalah rakyat Malaysia yang semakin derhaka kepada Raja kita.
3. Atau MUNGKIN menunjukkan rakaman video Persidangan DUN PERAK yang boleh dimuat turun di youtube oleh kita semua, untuk menunjukkan sikap kurang ajar dan samseng DAP yang bersidang seperti kumpulan kongsi gelap.
JIKA BENAR SEMUA ITU DITUNJUK UNTUK DIJADIKAN IKTIBAR MAKA SAYA SETUJU IA DISIARKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA. WALAU IA MENIMBULKAN KEBENCIAN TERHADAP PEMBANGKANG.
Sikap negatif seperti homoseksual/rapat dengan Yahudi, menderhaka kepada Raja, biadap semasa sidang DUN adalah perbuatan yang tidak diterima oleh rakyat MALAYSIA samada mereka itu ahli PAS,PKR, UMNO atau DAP. Hanya pemimpin rendah moral sahaja yang mempertahankan perbuatan mereka
Ada blog bekas peserta kursus BTN kata program ini dapat mengharmonikan antara kaum, tak percaya boleh klik sini http://slaughters.blogspot.com/2009/01/kursus-btn-di-kem-kiwa-sepang.html
No comments:
Post a Comment