NUFFNANG

Sunday 8 November 2009

Budak Anwar , Aziz Bari dikecam hebat di Seminar PAS...

Budak Anwar , Aziz Bari dikecam hebat di Seminar PAS


KUALA LUMPUR: Seperti yang dijangkakan, perwakilan Seminar Memperkasakan Parti anjuran PAS hari ini memberikan reaksi berbeza terhadap kritikan yang dibuat oleh Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari melalui tulisannya dalam sebuah akhbar harian bulan lalu.

Namun rata-rata daripada mereka menyatakan perasaan tidak puas hati berhubung kritikannya itu hingga ada yang menyatakan tidak boleh melihat wajah Abdul Aziz.
"Minta maaflah, hari ini saya sampai tidak boleh nak lihat muka Prof Aziz," kata pemimpin PAS Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik pada sesi dialog seminar berkenaan.

Bagaimanapun Abdul Aziz dalam pembentangannya tetap mempertahankan tulisannya yang mengkritik kepemimpinan PAS dan menafikan beliau adalah agen Umno bagi merosakkan parti itu.

"Saya bukannya agen Umno ataupun mana-mana parti, dulu satu masa orang tanya adakah saya ada saham dengan Harakah, kerana selalu keluar dalam surat khabar itu hinggakan saya tak dapat apa yang sepatutnya saya dapat.

"Tapi saya tak minta tuan-tuan hargai saya, hargai sumbangan saya terhadap PAS.

"Tapi sekarang ini saya sudah hilang kawan, orang Umno sudah mula menjauhi saya. sekarang ini PAS pula menimbang untuk menerima saya ataupun tidak," katanya Abdul Aziz ketika menjawab soalan para perwakilan seminar berkenaan.

Turut mempersoalkan tulisan Abdul Aziz pada seminar itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

"Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kritikan Aziz Bari dan kita mahukan penjelasan yang sewajarnya," katanya.

Malah para perwakilan juga menyifatkan krisis yang berlaku dalam PAS hari ini berpunca daripada kritikan pakar undang-undang itu.

Bagaimanapun Abdul Aziz membalas kenyataan Khalid dengan menyatakan krisis yang berlaku di Selangor adalah disebabkan pemimpin parti itu gagal melaksanakan kerja seperti mana dijanjikan.

Abdul Aziz turut menafikan dakwaan kritikannya terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu penghinaan kepada presiden parti itu yang disifatkan bertaraf ulama.

"Saya tidak menghina ulama ataupun presiden parti. Siapalah saya untuk persoalkan perkara ini. Saya hanya sentuh kedudukannya sebagai kapten yang mengemudi parti," katanya sambil menambah PAS perlu melakukan anjakan dan melaksanakan perubahan sekiranya mahu kekal relevan.

sumber : http://mstar.com.my



hahaha ini lah baru namanya demokrasi . Tak puas hati hantam balik Prof kangkung tu .Tetapi aku suka sangat pergolakan dalam PAS ini . Baru sekarang orang Pas tahu yang Prof kangkung yang mereka banggakan ini adalah budak Anwar dan merupakan penulis buku dari IKD milik Anwar . Dia adalah talibarut Anwar yang pada mulanya dianggap seperti penyokong Pas dalam isu Perak tetapi akhirnya kerjanya juga adalah untuk memecah belahkan Pas dengan menyerang Hadi Awang ,Nasharuddin dan Hassan Ali atas arahan Anwar .

Tetapi hebatnya Aziz bari dan begitu cepat terkenal di dalam PAS adalah hasil daripada sokongan dalam beberapa pemimpin AJK PAS Pusat yang mereka ini memang talibarut Anwar dalam PAS .

Syabas PAS kerana telah silap membela seorang yang dianggap boleh memberi sokongan politik kepada anda ,tetapi rupanya dia itu racun dan tikam anda balik ..

Melihat daripada laporan berita dalam seminar PAS ini, jelas menunjukkan sikap sebenar Aziz bari yang mula cakap berdolak dalik dan cakapnya telah lain ketika dikecam hebat oleh perwakilan .

source : pejuang bangsa

link

Kisah Aziz Bari dan abang kesayangannya Anwar


Nik Aziz dan Aziz bari dikecam , Hadi kukuhkan penguasaan


Nizar OII!!! Kisah Aziz Bari dan Abang Kesayangannya Anwar Atartuk | Nizar News


Hubungan Anwar Ibrahim dan Aziz Bari bukanlah rahsia bagi pengikut gerakan Islam pada tahun 1970-an. Hubungan mereka bermula ketika Anwar Ibrahim berjawatan Presiden Abim lagi dan dimana pada ketika itu Aziz Bari sebagai presiden PKPIM(Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dan secara kebetulan kader liberal Anwar bernama Khalid Jaafar juga menjawat jawatan timbalan presiden PKPIM.

Hubungan ABIM dan PKPIM pada ketika itu ibarat abang dan adik ini dibuktikan banyak kerjasama diadakan melibatkan 2 persatuan ini pada ketika itu.Begitu juga dengan pemimpin mereka, hubungan Anwar Ibrahim dengan Aziz Bari dan Khalid Jaafar dikatakan terlalu rapat.

Hubungan rapat ini diteruskan dengan Khalid Jaafar dilantik selaku Pengarah IKD. Institut mewah kelolaan Anwar yang bermodus operandi Islam Liberal pada masa kini dan mendapat tajaan oleh yayasan Kristian Jerman bernama KAF (Konrad Adenuear Foundation) pertubuhan yang mendapat suntikan dana daripada George Soros dan AJC (American Jewish Committeee). Aziz Bari juga telah mendapat royalti RM20,000 daripada IKD pada beberapa tahun lepas hasil jualan buku 'Politik Perlembagaan : Satu Perbincangan Tentang Isu-Isu Semasa dari Sudut Perlembagaan dan Undang-Undang'.

Situasi ini jelas menunjukkan hubungan rapat Anwar,Aziz Bari dan Khalid Jaafar pada masa kini. Jika difikirkan royalti RM20,000 amat berlebihan dibandingkan dengan jualan buku Aziz Bari itu yang tidak memberansangkan.
Adakah ini dijadikan sebagai alasan untuk IKD menyuntik dana kepada Aziz Bari?
Kedua,adakah Aziz Bari juga adalah pembawa mesej Islam Liberal dengan kaitan rapatnya dengan IKD?

Hubungan rapat mereka bertiga inilah yang tidak mengejutkan Kumbang apabila Aziz Bari mengeluarkan bermacam-macam kenyataan menggesa beberapa individu disingkirkan daripada PAS.

Kerana apa? kenyataan-kenyataan ini semua adalah arahan daripada abang kesayangan beliau Anwar Ibrahim. Menurut rakan PKR Kumbang, semuanya bermula daripada panggilan telefon Anwar kepada Aziz Bari selepas kekalahan PAS di Bagan Pinang yang disebabkan campur tangan Anwar dalam pemilihan calon PAS di pilihanraya kecil itu.

Dalam perbualan telefon itu Anwar menceritakan kepada Aziz Bari bahawa beliau kini sedang ketakutan melihat PAS kini lebih terbuka untuk berkerjasama dengan PAS dan Anwar takut PAS akan beralih arah menyokong dan bergabung dengan UMNO. Menurut Anwar lagi, beliau takut kehilangan bantuan jentera PAS yang banyak membantu PKR dalam Komplot Pembangkang. Tanpa PAS, PKR akan lemah kerana PKR tiada kemampuan dalam menggerakkan jentera operasi pilihanraya dan jentera parti.

Justeru itu Anwar telah menggesa Aziz Bari mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggesa PAS supaya menyingkirkan individu-individu yang semakin hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim berikutan kes liwat beliau dan kaitan dengan Amerika seperti Haji Hadi, Ustaz Nasa,Mustapha Ali serta Hassan Ali.

Penyingkiran mereka-mereka ini akan dapat memudahkan Anwar Ibrahim menguasai PAS dan terus menggunakan PAS untuk kepentingan PKR serta survival politik beliau sendiri.Di samping itu Anwar ingin membersihkan imej beliau yang menjadi punca kekalahan PAS di Bagan Pinang dengan meletakkan kesalahan itu kepada individu-individu tadi.

Aziz Bari yang jelas kasihan kepada Anwar menuruti segala kehendak Anwar dan menjadi boneka Anwar untuk melemahkan PAs.Justeru itu segala macam kenyataan dikeluarkan oleh Aziz Bari pada kebelakangan ini atas dasar dan matlamat menyingkirkan pemimpin PAs yang tidak pro Anwar Ibrahim .

Sudah jelas lagi bersuluh kaitan Anwar dengan Aziz Bari si boneka Anwar Atartuk.Jika anda semua tidak percaya tanya kepada Aziz Bari sendiri.
PAS fikir-fikirkanlah..

source :analisis ringan


No comments: