NUFFNANG

Monday, 16 November 2009

CAN AZMIN DISPUTE THIS PROOF?!



KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

KLIK UNTK PAPARAN LEBIH JELAS

(JIKA PAPARAN TIDAK JELAS, SILA KE X-PKR.BLOGSPOT.COM)

1. Rundingan malam tadi sukses! Informer telah menyerahkan dua salinan dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar serta keluarga yang bernilai hampir setengah juta RM. Semuanya jelas atas nama Azmin dan isterinya.

2. Salinan dokumen adalah pada tahun 1992. Ketika ini AnWAR adalah Menteri Kewangan dan sedang mendaki tangga TPM. Semasa menjadi Menteri Kewangan AnWAR juga adalah Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang sekretariatnya ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR). Apakah moral AnWAR sebagai ketua sedangkan pegawainya Azmin, Setiausaha Sulitnya MAMPU membeli saham bernilai hampir setengah juta RM.

3. Azmin ketika itu masih baru dalam perkhidmatan kerajaan dan gaji pegawai muda sepertinya ketika itu tidak melebihi RM2200. Sebagai penjawat awam, Azmin juga wajib mengisytiharkan harta yang dimiliknya. Adakah beliau berbuat demikian? Jika beliau berbuat demikian, adakah pemilikan saham bernilai jutaan RM ini diisytiharkan? (Difahamkan akan ada lagi pemilikan saham yg lain bernilai lebih dari ini).

4. Menurut sumber BPR, salahlaku Azmin berkaitan rasuah dan salahguna kuasa pernah diadukan kepada mereka. Namun aduan ini tidak kemana. Apakah AnWAR campurtangan menghalang siasatan ke atas Azmin? Apakah kes ini yang dimaksudkan? Kita tidak tahu, AnWAR dan Azmin perlu tampil menjelaskan keadaan!

5. Menurut informer, ada lagi pemilikan saham-saham atas nama Shamsidar jyang bernilai jutaan RM. TAktik apakah ini? Apakah ia sebagai proksi atau imbuhan? Dan menurut sumber itu lagi, beliau sudi untuk memberikan salinan dokumen yang dimaksudkan kepada blogmaster selepas ini. Pasti ‘lakonan’ AnWAR dan Azmin menafikan semakin menarik. Sama-sama kita nantikan salinan dokumen seterusnya…..

Nov 15

Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, salinan pertama dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar akan dikeluarkan pagi esok, Isnin 16 Nov 2009 jam 9 pagi. Rundingan masih berjalan bagi mendapatkan dokumen tersebut dan suasana rundingan sangat positif.

Sehingga ketemu esok. Salam Hormat

Nov 15
1. Mohon maaf kepada semua ’sepi’ seminggu ini lantaran tuntutan tugas. Namun sempat jua saya mengikuti perkembangan politik tanahair. Antara isu panas ialah melibatkan perang mulut antara YB Zulkefli Nordin dan YB Sivarasa Rasiah berkaitan konflik dalaman PKR. Biarlah mereka terus ‘berlakon’ namun YB Zulkefli perlu membuktikan keyakinan terhadap kata-katanya sendiri tentang islam. Jangan cakap saja YB!

2. Isu bai’ah PAS juga menarik perhatian. Secara rasional, kita dapat menilai komen-komen pemimpin PAS yang makin terpengaruh dengan ajaran songsang AnWAR iaitu NAFI!, dan nafi dengan konsisten. Biar ada bukti yang jelas - ADUN Gunung Semanggol mengakui wujudnya bai’ah talak tiga, pimpinan PAS tetap menafikannya serta cuba memesongkan isu. Memanglah bai’ah itu dibolehkan namun mempertaruhkan rumahtangga tidak dibolehkan.

3. Isu yang paling panas ialah tentang pemilikan saham oleh Azmin yang bernilai RM8 juta. Wow! bukan sedikit nilainya. Difahamkan Azmin tampil dengan kenyataan menafi (nafi lagi, ni taktik AnWAR la). saya sempat meneliti video pendedahan yang disiarkan selama 15 saat oleh TV3. (apa agenda TV3 yg menyiarkan pendedahan ini spt melepas batuk ditangga kita tidak tau, banyak rungutan telah diterima).

4. Namun x-pkr akan cuba hubungi rakan-rakan di tanahair bagi mendapatkan bukti ini. Janji x-pkr, akan mendapatkan bukti tsb (sekiranya relevan) serta mendedahkan dalam blog ini agar masyarakat tahu jenis apa manusia bernama AnWAR, Azmin dan Shamsidar ini. x-pkr berjanji (ini bukan bai’ah aaaaaa), seboleh mungkin akan mempamerkan bukti-bukti tsb dalam blog ini sebagai bukti bahawa Azmin BERBOHONG menyatakan ini fitnah terancang keatasnya.

5. x-pkr difahamkan Azmin ni memang hidup mewah sejak dari zaman mudanya. Shamsidar juga begitu, dibaluti dengan kemewahan melampau biarpun status kerjanya diragui. Apakah ini ada kaitan dengan pengakuan Ezam, Nallakarupan dan Anuar Shaari bahawa AnWAR, Azmin dan Shamsidar merahsiakan sesuatu dari masyarakat umum dan yang lebih parah lagi, mereka merahsiakannya dari Wan Azizah…….

sama-sama kita nantikan pendedahannya nanti !!!!!!!!!!!!!!


source : x-pkr

No comments: