NUFFNANG

Tuesday 4 March 2014

Shafee : Anwar Diputuskan Salah Guna Proses Mahkamah

 


Shafee : Anwar Diputuskan Salah Guna Proses Mahkamah by 


AIDCNews – 3/3/14 – Mahkamah Rayuan semalam memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan peguam belanya telah menyalahgunakan proses mahkamah, kata peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

“Keputusan hari ini mustahak sebab kita telah pun berkali-kali mengatakan segala permohonan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim buat, nombor satu, nombor dua dan akhirnya nombor tiga, semuanya adalah untuk melengah-lengahkan rayuan yang telah pun ditetapkan pada 6 dan 7 (Mac).

“Alasan yang dikemukakan adalah alasan yang agak remeh, sebab itu mahkamah telah membuat keputusan bahawa ini adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah (abuse of process) dan ianya juga melibatkan Datuk Seri Anwar menerusi peguam-peguam beliau sebagai ‘litigant’ yang hanya menyusahkan mahkamah dengan beberapa permohonan remeh temeh.
“Hari ini pun dia (Anwar) nak tangguhkan juga. Tetapi saya bantah. Jadi mahkamah dengan itu telah membuat keputusan bahawa permohonan (Anwar) yang ini (yang kali ketiga) juga seperti permohonan-permohonan yang lain oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah penyalahgunaan proses dan menyusahkan mahkamah,”katanya ketika ditemu bual Rakyat News.
Semalam, Mahkamah Rayuan dilaporkan Bernama telah menolak buat kali ketiga untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuannya terhadap pembebasan ketua pembangkang daripada pertuduhan meliwat.
Semasa menolak permohonan Anwar, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balia Yusof Wahi, mengetuai panel tiga anggota yang mendengar permohonan ketua pembangkang itu untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, memutuskan ia adalah remeh dan menyusahkan yang akan menyebabkan rayuan pihak pendakwa lambat selesai.
“Kami berpendapat rayuan ini akan menjadi amat lambat untuk diselesaikan di mahkamah,” katanya dan menurutnya sepertimana hujah dikemukakan Muhammad Shafee, rayuan (pihak pendakwa) ini tidak ada sebarang perkembangan sejak Julai tahun lepas.
Terdahulu, Muhammad Shafie berhujah kes liwat Anwar telah ditangguh 69 kali semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hakim Balia, yang mendengar permohonan itu bersama-sama Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, berkata panel bersetuju dengan hujahan Muhammad Shafee bahawa berikutan namanya tidak digugurkan daripada senarai peguam, beliau layak dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya.
Katanya pelantikan Muhammad Shafee termaktub dalam bidang kuasa pendakwa raya dan mahkamah tidak dapat membuat keputusan berdasarkan keputusan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara.
Mahkamah juga menolak permohonan Anwar untuk menggantung pendengaran rayuan pihak pendakwa, ditetapkan Khamis dan Jumaat ini (6-7 Mac), selepas mahkamah mendapati tiada keadaan khas untuk menangguhkannya.
Berikutan keputusan itu, rayuan pihak pendakwa akan didengar Khamis ini dengan Muhammad Shafee mengetuai pasukan pendakwa.
Anwar memfailkan permohonan ketiga pada 25 Feb atas alasan seorang peguam kanan tidak layak menerima pelantikan itu kerana beliau didapati bersalah dan didenda RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara kerana melanggar Akta Profesion Undang-Undang.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam mewakili Anwar, Karpal Singh, dan Muhammad Shafee.
Anwar pertama kali mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Kanun Acara Jenayah tetapi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 Sept tahun lepas.
Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Nov tahun lepas.
Permohonan keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, berdasarkan akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, turut ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Dis tahun lepas.
Rayuannya di Mahkamah Persekutuan turut ditolak pada 11 Feb tahun ini.

source : aidc

No comments: