NUFFNANG

Thursday 27 March 2014

#MH370 MYSTERY.... Pilot Air Asia Pertikai Isu #MH370 Digantung Tugas Sementara Tunggu Siasatan - Tahniah DS @tonyfernandes @azranosmanrani

Pilot Air Asia Pertikai Isu #MH370 Digantung Tugas Sementara Tunggu Siasatan - Tahniah DS @tonyfernandes @azranosmanrani


Semalam CTS ada memuatkan isu seorang juruterbang kanan Air Asia X yang mempertikaikan pengumuman Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berkenaan kehilangan pesawat MH 370 di Lautan Hindi. Baca di sini

Hari ini pemilik Air Asia, DS Tony Fernandes telah mengantung tugas juruterbang berkenaan sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan. Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di laman sosial Twitter. 

Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan. "Arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. Tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan," katanya, juga di Twitter

Tahniah DS Tony Fernandes dan Azran Rani Osman yang peka dengan sensitiviti Rakyat Malaysia mengenai isu ini.

source  : cucu tok selampit

No comments: