NUFFNANG

Sunday 30 March 2014

Syukur! Roboh Rumah Ahli PAS ,Lagi Bukti Regim DAP Pulau Pinang Buat Kerja...” mana ada rasis…sebab tu PAS sayang sangat DAP”

Syukur! Roboh Rumah Ahli PAS ,Lagi Bukti Regim DAP Pulau Pinang Buat Kerja.

Syukur! Roboh Rumah Ahli PAS ,Lagi Bukti Regim DAP Pulau Pinang Buat Kerja.

Salahkah kerajaan DAP merobohkan hanya satu rumah beliau di sana sedangkan keindahan dan kehijauan Pulau Pinang harus dipelihara dan dijaga? Sebagai seorang ahli PAS beliau harus sedar betapa membangkitkan persoalan ini kepada beberapa pemimpin melayu pakatan adalah satu tindakan yang rasis. Sedangkan tindakan kerajaan negeri bukanlah bersandarkan kepada bangsa.Mana lebih penting..rumah buruk beliau atau taman bunga?
Bukankah PAS sendiri tidak gemar ahlinya mengaku mereka sebagai bangsa melayu apa perlunya membangkit soal bangsa dalam isu ini..
Pisau lihat ahli PAS ini sengaja mempolitikan isu ini sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah berlaku rasis . Tindakan membuat fitnah rasis dan jahat ini memperlihatkan betapa ahli PAS ini seolah telah dibayar oleh Umno BN.
Sebenarnya Pisau amat mengalakkan kerajaan DAP terus ambil tindakan kepada mana mana melayu yang masih tidak mahu tunduk kepada arahan mereka. Patuhlah kepada undang undang negeri .Dengarlah arahan,jika disuruh keluar..keluarlah apa nak bising bising..bukankah regim DAP melaksanakan amanah rakyat yang diberikan kepada mereka..
DAP sebenarnya sebuah parti yang langsung tidak rasis, Sekadar satu dua gerai kena roboh..2-3 kampung melayu kena roboh pun nak bising sangat kenapa?Kemudian melayu melayu ini pertikaikan pula tuntutan Guan Eng nak guna nama Allah..kenapa berkira sangat?
DAP sebenarnya nak bantu melayu..mereka tak mau lihat melayu tinggal di kampung kampung..apatah lagi disekitar Pulau Pinang kerana menyakitkan mata..Sedarkah Pulau Pinang punyai tanah yang mahal..jika pembangunan rumah rumah mewah dibina sekurang kurangnya bolehlah ramai lagi  orang kaya beli,kita tak boleh pertikaikan kerana mereka ini banyak wang dan bayar cukai..Melayu bayar cukai?
IMG_21757700855130

Pisau kata ” mana ada rasis…sebab tu PAS sayang sangat DAP”
source : pisau.net

No comments: