NUFFNANG

Thursday 27 March 2014

Anwar Rasa ‘Lazat’ Menang PRK Kajang

Anwar Rasa ‘Lazat’ Menang PRK Kajang

AIDCNews – 27/3/14 – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim rasa ‘lazat’ dengan kemenangan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam Pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac lalu, laporSinar Harian.
Anwar menyifatkan kemenangan isterinya sebagai ‘signal’ yang cukup baik kepada Pakatan Rakyat (PR)
Jelasnya, ‘signal’ tersebut merujuk kepada pertambahan undi Melayu kepada Wan Azizah, sekali gus membuktikan bahawa Melayu kembali berpaut kepada PR.
“Saya bersyukur, Alhamdulillah bangga kerana prestasi kita lebih baik iaitu peratusan undi kepada Wan Azizah meningkat, berbanding tahun-tahun yang lalu iaitu meningkat sebanyak dua peratus.
“Ini merupakan satu kelazatan kemenangan dan lebih manis apabila majoriti Melayu undi kak Wan dan saya ingat ini merupakan satu ‘signal’ yang cukup baik untuk kita (PR),” katanya.
Di blog rasminya, anwaribrahimblog, Ketua Umum PKR menyiarkan jadual yang menunjukkan pertambahan undi Melayu terhadap PKR.
dipetik dari laman rasmi Anwar, anwaribrahimblog
Dalam jadual di atas, 4 peti undi yang majoriti pengundi Melayu diwarnakan, iaitu PKR berjaya menang Sungai Sekamat dan Taman Delima (warna hijau) dan mengurangkan majoriti kemenangan BN di Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras (warna biru muda) perbandingan dengan PRU 13.
PKR berjaya menang di Sungai Sekamat, dengan majoriti 45 undi dan 3 undi di Taman Delima.
Manakala, di peti undi Sungai Kantan, PKR berjaya mengurangkan kemenangan BN dari 420 undi (PRU 13) kepada 225 undi (PRK) dan Batu 10 Cheras dari 157 undi kepada 151 undi.
PKR juga berjaya menambahkan kemenangan di tiga lagi peti undi Melayu iaitu Saujana Impian, Taman Mesra, dan Kantan Permai yang telah dimenangi pada PRU 13.
Di peti undi Saujana Impian, dari 64 undi (PRU 13) kepada 148 undi (PRK), Taman Mesra dari 48 undi kepada 135 undi dan Kantan Permai dari 8 undi kepada 266 undi.
Blog Ikrarpemuda pula menyorot isu yang tidak dibangkitkan Anwar tentang PRK tersebut.
“Walaupun Wan Azizah menang, tetapi undian yang diterimanya merosot sebanyak 2,792 atau 14.26% undi berbanding Lee Chin Cheh pada PRU13.
“Wan Azizah adalah isteri atau senang citer proksi Anwar Ibrahim..the Supreme Leader of PKR..Lee Chin Cheh is nobody..so kenapa menurun?
“Tiada disebut langsung perkara-perkara seperti PENGUNDI HANTU, DAKWAT KEKAL YANG TAK KEKAL, UNDI AWAL, PENGUNDI BANGLA dan juga BLACKOUT!!! Mana? Mana? Bila menang sumer OK?, “ulas blog itu.
Blog itu juga turut mengulas tentang kemerosotan undi PKR di kawasan undi majoriti pengundi Cina iaitu di Sungai Chua Satu, Sungai Chua Dua, Sungai Chua Tiga, Sungai Chua Empat dan Sungai Chua Lima.
Di Sungai Chua Satu PKR pada PRU 13 menang dengan majoriti 2353 undi merosot kepada 1715 undi; Sungai Chua Dua dari 1397 undi kepada 988 undi; Sungai Chua Tiga, dari 422 undi kepada 286 undi; Sungai Chua Empat, dari 479 undi kepada 311 undi dan Sungai Chua Lima, dari 1054 undi kepada 733 undi.
Begitu juga di peti undi Kajang, dari 780 undi kepada 450 undi.
Trend yang sama juga ditunjukkan dari di tiga kawasan campuran iaitu Taman Kajang Baharu, PKR yang menang 1014 undi pada PRU 13 telah merosot kemenangannya kepada 799 undi pada PRK; Bandar Kajang, dari majoriti 277 undi kepada 264 undi dan Taman Kota Cheras, dari 880 undi kepada 548 undi.

source : aidc

No comments: