NUFFNANG

Saturday 22 March 2014

#MH370 MYSTERY : MEDIA ANTARBANGSA TERUS PERTIKAIKAN JURUTERBANG!!


Satu laporan mendakwa bahawa juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines membuat panggilan dari dalam kokpit sejurus sebelum berlepas.

Akhbar The Sun UK berkata penyiasat cuba menyiasat dengan siapa Kapten Zaharie Ahmad Shah bercakap dalam kokpit sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada jam 12.41 pagi 8 Mac.

Maklumat itu diiharapkan ini dapat membantu menjelaskan kenapa pesawat itu secara misteri hilang dari radar awam kurang satu jam kemudiannya, kata laporan itu.

Polis Malaysia tidak secara rasmi mengulas mengenai penyiasatan berkaitan dengannya tetapi pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menegaskan bahawa kesemua 227 penumpang dan 12 kru penerbangan itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Polis sedang menyiasat “faktor manusia” selepas menyimpulkan bahawa komunikasipenerbangan itu sengaja dimatikan dan pesawat itu juga ditukar haluan dengan sengaja.

PS: Huh! Penyudahnya, hilang terus kredibiliti media antarabangsa ni bila suka sangat buat spekulasi yang tak tentu arah ni.

Mana tidaknya. Ada ke diorang kata Kuala Lumpur tu kat Indonesia? Nampak sangat la diorang buat laporan pun main hentam 'kromok' je. Itu pun masih puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak percaya bulat - bulat!!!

source : semut hitam

No comments: