NUFFNANG

Monday 24 March 2014

KENAPA BN KALAH...? POST  MORTEM PALING IKHLAS PRK  N25 KAJANG.

KENAPA BN KALAH...? POST
MORTEM PALING IKHLAS PRK
N25 KAJANG.


Pertama sekali gua nak ucapkan tahniah kepada Wan Azizah kerana menang di Kajang walaupun sekadar calon bidan terjun selepas Bang Non didapati bersalah. Kira ok lah kan menang dengan majoriti 5 ribu lebih dengan umpan simpati..

Serius gua cakap.., pemimpin BN kena belajar merayu simpati serta politik muka kesian yang dipelopori oleh puak-puak Pembangkang ni.. Terbukti berkesan beb walaupun ramai yang dok kutuk..

Cuba belajar dari apa yang jadi di Kajang.. Wan Azizah cuma guna modal kempen "bebaskan Anwar walaupun dia liwat..", "Anwar insan suci yang dizalimi.." serta "Kerajaan Malaysia tangkap suami saya tanpa menghiraukan perasaan saya.."

Tanpa sebarang janji besar.., tanpa susah payah labur duit banyak dan tanpa perlu berzumba-zumba..., Wan Azizah dapat sokongan masyarakat Kajang yang terdiri dari berbilang bangsa/kaum..

Dan kenapa BN kalah walaupun ada jentera yang lengkap..., dibantu oleh segala agensi kerajaan.., serta mempunyai prasarana dan kelengkapan alatan terkini? Kerana kebanyakan pemimpin serta penyokong BN rasa terover best dan rasa pilihanraya kecil ni tempat cari untung beb..

Gua disini cuma nak fokus faktor kekalahan BN di Kajang menerusi skop media baru je... Dari skop lain gua taknak campur sebab gua cuma blogger level bawahan.., bukan blogger top ranking Alexa..

Ikhlas gua cakap.., ramai yang pergi ke Kajang tu bukan nak promosi calon BN yang bertanding, tetapi dorang hanya pergi nak promosi "pay master" dorang ataupun pemimpin pilihan dorang je beb.. Pasal tu lah calon BN kali ni agak tenggelam dari segi promosi di media maya..

Dan kebanyakan jentera BN yang pergi ke Kajang sepanjang tempoh kempen, hanya suka-suka bersantai berzumba-zumba dan melayan sate diwaktu malam.. Tak ada promosi pasal ceramah untuk lawan Pakatan dan tak ada gerak kerja tersusun walaupun jumlah jentera BN ni ramai...

Anwar dan geng-geng Pakatan dibiarkan sewenang-wenangnya berceramah tiap-tiap malam dan melalak-melolong memfitnah serta memburukkan kerajaan.. Pemimpin BN hanya perlu senyum sambil pasang angan-angan untuk menang tanpa buat kerja teruk di Kajang..

Dekat sini gua "terpaksa" puji gerak kerja maya sebelum PRU13 dulu disetiap pilihanraya kecil seluruh negara.. Walaupun terdapat beberapa kumpulan elit membawa jentera sosial media masing-masing, gerak kerja dorang bersepadu beb iaitu hanya mahu menangkan calon yang bertanding..

MyKMU, UMB, Blog House dan dua tiga lagi kumpulan elit askar maya ternyata berjaya menyumbang kemenangan besar BN dibeberapa pilihanraya kecil sebelum PRU13 dulu.. Sebab dorang diberi tugas hanya untuk memastikan kemenangan calon.., bukannya melobi atau mengampu sekor dua orang besar dalam parti semata-mata kerana duit!

Sekarang ni beb..., sapa yang bayar lebih, orang tu akan diampu telor dia agar tak mencecah tanah sewaktu berak mencangkung... Sanggup tu tauuu asal dipuji melambung dan dianggap sebagai pengampu terbaik.. Hahahaha..

Pasal kemenangan BN atau memastikan imej kerajaan dipandang bagus oleh rakyat.., itu soal kedua.. Yang penting mahsyukkkk... Yang penting boleh jalan-jalan dan cari pengalaman berharga tengok tempat orang...

So..., tak heranlah kalah beb kalau macam ni... Jangan kata undi cina.., kalau bagi kambing mengundi sekalipun BN takkan menang..

Semua nak cari untung.., semua nak cari senang... Apa lagi beb.., Jom kita berzumba-zumba sampai PRU14 nanti... Apa nak kisah BN kalah.. janji hati senang serta perut kenyang!!! Yihahahaha... zumba...,zumbaaaaa...

source : mpp online

No comments: