NUFFNANG

Thursday 27 March 2014

PANASSS...KHALID IBRAHIM ' TAMPAR ' PEMIMPIN PKR

KHALID IBRAHIM ' TAMPAR ' PEMIMPIN PKR


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak sesetengah pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didapati bertindak melulu mengeluarkan kenyataan mempertikaikan kerjasama kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat berhubung isu penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Beliau menyifatkan bahawa usaha untuk menstruktur industri air termasuk pengambilalihan syarikat konsesi air di Selangor merupakan usaha yang kompleks, tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat.

Ini kerana, katanya, dalam isu pengambilalihan syarikat konsesi, Selangor merupakan negeri pertama akan menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

"Maka sebab itu saya minta (pemimpin parti) supaya tidak membuat sesuatu tindakan melulu (jump the gun) dalam hal ini. Kita kena hargai kompleksiti untuk menyelesaikan pelaksanaan (penstrukturan industri air) ini.

"Tidak ada penstrukturan operasi air di negeri lain yang melibatkan penggunaan Seksyen 114 WSIA. Sebab itu kita kena beri masa yang cukup untuk pelaksanaan penstrukturan air ini, pada masa sama negeri juga turut memberi input untuk memastikan usaha ini dilaksanakan dengan lebih efektif," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sebelum ini, pakatan pembangkang menerusi laporan akhbar 18 Mac lalu mendakwa, kerajaan Persekutuan mengkhianati memorandum persefahaman (MoU) air yang dibuat dengan kerajaan negeri kerana enggan menggunakan WSIA untuk menyelesaikan pertikaian isu pengurusan air negeri ini.

Berdasarkan laporan itu, dakwaan dibuat menerusi kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad bahawa WSIA digunakan untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor.
source : mymassa

No comments: