NUFFNANG

Friday 21 March 2014

Reformasi II dijangka "fail".... Azmin-Tian Chua tentang Anwar-Khalid

Reformasi II dijangka "fail"....

Azmin-Tian Chua tentang Anwar-Khalid

Malam ini Reformasi II akan diilancarkan. Yang tak ada otak ke situ.

Yang ada otak pergi Putrajaya untuk Selawat Perdana kerana itu lagi baik buat mereka. Satu ibadat dan meningkatkan keimanan dan kasih pada Nabi Muhammad.


Kalau ikut usaha kumpulkan orang seperti hari mahkamah buat keputusan yang mana tidak ramai  muncul dan kena tukar ke bilek gerakan, acara malam ini kena berusaha sungguh-sungguh untuk dipenuhkan stadium. 

Ia agak susah bila PAS memboikot PRK Kajang. PKR Selangor pun hanya boleh kumpulkan 2 ribu saja. Namun begitu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk dapatkan 10 ribu kehadhiran yang mana difokuskan kepada orang muda dan bantuan dari 50 wakil pelajar IPTA dari UM, UKM dan UPM.

Ada insentif wang akan diberi. Oleh itu, student IPT perlu pastikan dapat wang. Pelajar SPTM dan SPM yang dapat result konon akan diberi duit malam ini oleh kerajaan negeri. Walau bagaimana pun, itu hanya satu pembohongan. Result baru dapat, mesti makan proses. 

Amat berperanan sekali adalah budak-budak SAMM biayaan Tan Sri Khalid Ibrahim di bawah Chegu Bard. Mereka jaga sekuriti, AV, upacara naikkan bendera, rondaan geng motor sepanjang hari esuk, dll.


Syed Shahrir ada menyuarakn kerisaun dalam hal sekuriti tapi dituduhnya BN. Dengan Pemuda BN macam pondan, itu hanya cakap saja.

Yang patut dia risau adalah kelahi dalam PKR sendiri.

Yang jaga sekuriti adalah dalam 100 orang AMK Selangor dan 50 budak SAMM, tapi dirisaukan AMK bawah Sam Ketot boleh sabotaj.

Walaupun Sam Ketot dan Azmin dihalau ke Bailingan untuk bantu calun PKR dan elakkan perkelahian dengan orang Khalid, namun mereka sudah kembali ke Kajang. 


Sebenarnya yang nak sabotaj adalah SAMM dan rancangan mereka lagi ganas. Wan Azizah akan digampangkan dalam risalah sebagai pelacur untuk disebarkan kawasan Melayu. 

Cikgu dogol ini rancang nak main "reverse psychology" untuk persalahkan Pemuda BN dan dapatkan undi simpati.

Pemuda BN blur saja....  


Walaupun Azmil persoal banci Unisel [baca FMT SINI], dia sebenarnya tidak lagi berniat nak pertahankan jawatan Timbalan tapi dia mahu jawatan Presiden.

Ikut perkiraan politiknya, Anwar akan masuk penjara dan dia sedia tentang Anwar.

Wan Azizah sudah tidak boleh jadi Presiden pasal sudah dua penggal. Maka Anwar saja yang dilihat akan tanding Presiden. Dia mahu jadi Presiden dalam penjara.

Azmin sebarkan risalah bahasa cina bermaksud Kajang Move tak jadi

Setelah dikecewakan tiga kali tidak dapat jadi MB, Azmin mula lihat cara ini tidak praktikal. Dia tidak mahu hanya jadi budak pejabat dari Anwar di penjara dengan parti melalui dirinya sebagai Timbalan. 


Nampaknya gandingan Azmin-Anwar akan pecah dan Anwar akan berbalik kepada keluarganya sebagaimana petanda dilihat dari Wan Azizah menggantikan anwar di Kajang.

Anwar akan berpaut pada gandingan Wan Azizah-Khalid (yang dulu bersama Zaid Ibrahim). Azmin turut lihat Anwar tidak berusaha bela anak-anak buahnya dalam PKNS Holdings dan biaran Khalid bermaharajalela.

Azmin rasa Anwar sudah tidak viable lagi kerana bila keluar dari penjara, Anwar sudah terlalu tua. Tanpa pejuang-pejuang hardcore yang sudah tinggalkan PKR, dia tidak lihat Reformasi II boleh sekuat dulu.




Masa reformasi dulu boleh kumpul 40-50 ribu dan sampai 100 ribu, kali ini nakkan 10 ribu kena tabur duit banyak-banyak tarik orang muda. Yang tua tak minat sangat melainkan yang bodoh-bodoh tak cerdik lagi dan senang di kelentong.

Azmin sedar masa dah tiba untuk kehadapan dan ambilalih pucuk pimpinan sekarang atau kerjaya politiknya akan mula malap lepas ini.

Dia turut sedar hanya masa menunggu PAS akan bergilak menendang puak-puak Erdogan dan Anwarinas. Tanpa PAS yang disaman dan dihina PKR, Reformasi II tak boleh berjaya.

Azmin sudah tidak tahan. Berapa lama dia perlu ekor si nenek tua yang seagai presiden, ceramah tak pandai dan dalam mesyuarat asyik lari fokus lepas satu jam. Wan Azizah hanya pandai masa belajar nak jadi doktor. Selain dari itu, dia tidak berapa cerdik.


Ikut rancangan, Tian Chua akan lawan tan Sri Khalid Ibrahim untuk Timbalan Presiden dan bukan Azmin sebagaimana dijangka.

Dalam politik, tiada kesetiaan berkekalan dan anak liwat .... opps anak didik pun akan lawan taukeh bila sudah sampai masanya.
source : the unspinners

No comments: