NUFFNANG

Sunday 30 March 2014

ARTIKEL MESTI BACA !! ‘Rahsia’ Yang Anda Tidak Tahu Ketika Di Dalam Pesawat…

‘Rahsia’ Yang Anda Tidak Tahu Ketika Di Dalam Pesawat…

Sebuah laman web viralquake.com, membuat satu status di Reddit meminta 
maklumbalas dari juruterbang dan kakitangan syarikat penerbangan yang berbunyi 
begini :-

“Kepada semua anak kru kabin, juruterbang dan jurutera penerbangan, apakah 
rahsia dalam pesawat yang penumpang tidak tahu apabila mereka menaiki pesawat,”

Laman web berkenaan menerima banyak maklumbalas dan mereka memilih 
30 rahsia yang paling menarik untuk pembaca mereka.

Penulis memilih beberapa rahsia yang menarik untuk pengetahuan anda.

1. TOPENG OKSIGEN
Jika kabin mengalami masalah tekanan udara dan topeng oksigen dikeluarkan 
dari bahagian atas kabin, tahukah anda, anda ada masa hanya 15 minit bekalan 
oksigen selepas ia mula digunakan.

Ia sebenarnya masa yang lebih dari cukup untuk juruterbang membawa 
pesawat ke paras ketinggian lebih rendah di mana bekalan oksigen mencukupi.

Lebih penting, jika kekurangan oksigen anda hanya ada 15-20 saat sahaja 
sebelum anda akan pengsan, pasangkan topeng oksigen anda dahulu 
kemudian anak anda, pengsan beberapa saat tidak akan membahayakan anak anda.

2. BEKALAN AIR DI TANDAS
Apa sahaja anda lakukan, jangan minum air dari tandas di dalam pesawat. Ia 
juga sebenarnya tidak bagus untuk digunakan untuk membasuh tangan.

Kakitangan penerbangan membersihkan tangki air mengikut jarak masa tertentu, 
bagaimanapun parasit yang terdapat di tangki tidak kesemuanya berjaya 
dimusnahkan ketika proses pembersihan.

3. SEBAB LAMPU KABIN PESAWAT DIGELAPKAN KETIKA MENDARAT
Jika pesawat mendarat di waktu malam, anak kapal akan menggelapkan 
sedikit lampu di dalam kabin penumpang. Ianya sebagai langkah 
persediaan sekiranya penumpang perlu dikeluarkan dari pesawat selepas 
terjadinya masalah ketika mendarat.

Mata manusia memang boleh untuk melihat di dalam gelap, jadi anda akan 
melihat dengan lebih baik apabila anda berada di luar pesawat.

4. PETIR DAN KUASA SEORANG JURUTERBANG
Sebuah pesawat sebenarnya selalu disambar kilat ketika dalam penerbangan. 
Jika seorang penumpang menyebabkan kekecohan di dalam pesawat, seorang 
juruterbang berhak untuk berlepas tanpa membawa penumpang berkenaan
bersama.

Sebaik sahaja pintu pesawat ditutup, juruterbang juga mempunyai hampir 
kesemua kuasa, mereka dibenarkan untuk menahan orang, mengenakan 
denda dan juga mengambil wasiat penumpang yang hampir meninggal dunia.

5. MAKANAN UNTUK JURUTERBANG DAN TELEFON BIMBIT
Tahukah anda, makanan untuk dua juruterbang bertugas disediakan berasingan 
dan mereka tidak dibenarkan berkongsi makanan. Ia bagi mengelakkan berlaku 
masalah atau percubaan jenayah seperti keracunan atau diracun.

Selain itu, ada pramugari yang sebaik sahaja selesai mengumumkan supaya 
semua peralatan komunikasi seperti telefon bimbit mesti dimatikan, mereka SENDIRI
akan duduk di belakang pesawat dan mula menggunakan telefon bimbit mereka.

6. PENDARATAN YANG ‘KASAR’ KETIKA CUACA BURUK
Pasti sesekali anda mengalami pengalaman pesawat mendarat dengan 
agak kuat di atas landasan. Ia sebenarnya bukan kerana juruterbang berkenaan
 kurang mahir tetapi ia disengajakan.

Jika landasan dipenuhi air, pesawat berkenaan perlu memecahkan lapisan air 
untuk mengelakkan ia tergelincir atau ia dipanggil “aqu planing”.

7. PESAWAT BOLEH DITERBANGKAN TANPA ENJIN
Seorang juruterbang memaklumkan jika kedua-dua enjin pesawat gagal 
berfungsi, sebuah pesawat boleh melayang sejauh kira-kira 9.6km untuk setiap
5,000 kaki.

Jika pesawat berada pada ketinggian 35,000 kaki, ia boleh diterbangkan 
secara melayang kira-kira 67km tanpa sebarang enjin. Itulah sebabnya 
kebanyakan nahas pesawat melibatkan kejadian selepas baru sahaja 
berlepas atau semasa mendarat. 

No comments: