NUFFNANG

Thursday 27 March 2014

PANASSS...PANASS...Azmizan ahli Pkr dari Selangor menghina penduduk Melanau Balingian

Azmizan ahli Pkr dari Selangor menghina penduduk Melanau Balingian

Azmizan seorang ahli parti Pkr yang melawat Balingian dalam Daerah Mukah hari 
ini telah menghinakaum Melanau dengan menyiarkan gambar beliau berdiri di 
belakang sebaris bangunan lama yang terdapat di kampung tradisi masyarakat 
Melanau.

Memang benar bangunan itu kelihatan buruk dan tidak cantik tetapi ia 
merupakan bangunan lamayang wujud sejak pembukaan kampung tersebut. 
Balingian sememangnya sebuah kampung bukan sebuah pusat bandar sebagaimana 
yang didakwa beliau.

Bandar Mukah adalah pusat bandar kepada penduduk Balingan untuk berurusan 
dengan jabatan kerajaan dan untuk tujuan membeli belah.

Balingian tidak seperti 30 atau 40 tahun yang lalu, jika dahulu perhubungan utama 
ke sana hanyalah menggunakan tongkang dan bot laju jika mahu ke Bintulu dan 
Mukah, tidak ada jalan darat. Akan tetapi mulai tahun  pertengahan tahun 80an jalan 
darat mula dibina dan kini jalan raya berturap menjadi alat perhubungan utama 
penduduk Balingian dengan bandar-bandar besar seperti Miri, Sibu, Kuching dan 
lain-lain daerah.

Di kawasan pedalaman sungai Balingian terdapat beberapa buah rumah panjang 
yang dihuni oleh kumpulan etnik Iban, terdapat segelintir kaum Cina Foochow 
yang berniaga dimana sebagaimana terdapat dalam gambar tersebut.

Kegiatan utama penduduk dikampung ini ialah nelayan, pengusaha tanaman sagu 
rumbia dan bercucuk tanam. Dahulu kebanyakan anak-anak penduduk kampung 
ini bersekolah di bandar Mukah di peringkat menengah. Sekolah menengah 
menyediakan asrama kepada mereka. Antara sekolah menengah yang menjadi 
pilihan ialah SMK 3 Sungai dan SMK St Patrick Mukah.

Kini dengan adanya jalanraya pantai, Daerah Mukah menjadi tumpuan pelancong 
setiap hujung minggu, rata-rata pengunjung akan mencari umai sejenis makanan 
yang menggunakan isi ikan terpilih untuk dimakan secara mentah. Umai boleh 
dibuat menggunakan ikan perang, ikan bawal dan ikan yu.

Selain umai, ulat mulung atau ukat siet juga menjadi kegemaran penduduk tempatan  
dan pelancong. Jika ke sana jangan lupa untuk membawa pulang kuih tabaloi yang 
dibuat daripada tepung lemamtak atau nama lain ialah tepung sagu.

Mukah dan Balingian juga merupakan tempat mendarat ikan-ikan segar yang terbaik 
dari Laut Cina Selatan. Ikan yang diperolehi dari kawasan ini sangat lazat dan manis
 selain saiz ikan yang sangat besar jika dibanding dengan ikan yang didaratkan 
dimana-mana tempat lain.

Mukah mempunyai keistimewaan lain, antaranya menikmati sunset di tepi pantai 
dan juga pesta kaul yang diadakan selepas musim tengkujuh.

Kini bandar Mukah pesat membangun jauh berbanding sebelum tahun 80an. 
Semua pembangunan Mukah adalah hasil usaha mantan ketua menteri  
TYT Taib Mahmod, beliau boleh dikatakan sebagai arkitek kemajuan dan 
pembangunan bumi Sarawak agar setanding dengan negeri di semenanjung.

Kepada penduduk Balingian dan Mukah, perlu menolak kemasukan parti 
Pkr yang menunjukkan sikap bongkak dan sombong sehingga sanggup 
menghina penduduk Balingian.

No comments: