Zaid Jilat Anwar?
Saya merujuk kepada kenyataan Profesor Redzuan Othman dari UMCEDEL
dalam The Malaysian Insider beberapa hari lalu yang berkata saya pernah
menjilat Anwar, sedangkan dia tidak. Sebagai seorang Profesor yang sepatutnya
tebal dengan integriti akademik dan profesionalisme, Profesor Redzuan
tidak sepatutnya menunjukkan emosi dan kemarahan yang keterlaluan kepada
saya semata-mata kerana tulisan saya. Malu nanti pelajar pelajar diuniversiti
Malaya.
Dalam bidang psikologi ada disebutkan tentang istilah defense mechanisme
bernama “projection” iaitu kita meletakkan pada orang lain sifat yang ada pada
kita bagi mengelak orang tahu kita ada sifat itu.
Saya hairan kenapa Profesor Redzuan terlalu obsess dengan Anwar.
Hampir semua kajian utama UMCEDEL akan difokus kepada Anwar
seolah-olah politik Malaysia ini berkait dengan Anwar semata-mata.
Mengapa kajian UMCEDEL tidak focus sama kepada Datuk Nik Aziz,
Datuk Seri Hadi, Tun Mahathir Mohamad atau Lim Kit Siang?
Mari kita ambil contoh kajian UMCEDEL ini:
Kajian UMCEDEL dari 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati
44 peratus responden yang percaya Anwar lebih layak menjadi Perdana
Menteri berbanding hanya 31 peratus responden yang percaya Najib lebih
layak menjadi Perdana Menteri.
Kajian UMCEDEL dari 3 April 2013 hingga 20 April 2013 mendapati hanya
18 peratus responden yang percaya video seks lelaki mirip Anwar adalah tulen
dan 62 peratus responden tidak terpengaruh dengan video seks lelaki mirip
Anwar.
Kajian UMCEDEL dari 15 Ogos 2013 hingga 10 September 2013 mendapati
hanya 28 peratus responden yang bersetuju Anwar melepaskan jawatan kerana
PR gagal menerajui Putrajaya berbanding 55 peratus responden yang tidak
bersetuju.
Tidakkah jelas perkaitan Anwar dan UMCEDEL dalam semua kajian ini?
Sebelum PRU 13, kajian UMCEDEL cuba menggilap Anwar sebagai bakal
Perdana Menteri. Bila Anwar kalah dalam PRU 13, kajian UMCEDEL cuba
baik pulih imej Anwar yang telah berjanji letak jawatan jika kalah dengan
kata pula rakyat tidak setuju Anwar letak jawatan.
Saya menulis dalam blog tentang kajian UMCEDEL sama ada orang
Kajang boleh terima Anwar sebagai Menteri Besar atau tidak. Saya
merasa pelik bagaimana satu kajian dibuat begitu cepat tentang perkara
yang orang ramai tidak pun mengetahui semasa kajian itu dibuat. Saya
bayangkan kajian itu adalah memihak kepada Anwar dan bertujuan memberi
justifikasi mengapa pilihan raya diperlukan, dan supaya orang terima Anwar
sebagai Menteri Besar.
Profesor Redzuan berkata Anwar sendiri tidak tahu kajiannya mengenai Kajang;
Anwar tahu tak tahu itu suatu yang tidak relevan. Soalan yang relevan ialah
apakah Profesor Redzuan tahu hasrat Anwar mahu jadi Menteri Besar sebelum
kajian dibuat? Sudah tentu Profesor Redzuan tahu, kalau tidak mengapa soalan
survey itu bertanya tentang penerimaan orang ramai mengenai pilihan raya
kecil dan sambutan orang ramai kepada Anwar sebagai Menteri Besar?
Kalau Profesor Redzuan tahu hasrat Anwar, ini bererti Profesor orang dalam
(inner circle) Anwar; kerana waktu itu orang ramai termasuk PAS tidak
mengetahui rancangan untuk menukar Menteri Besar ini.
Saya mengemukakan pendapat saya berasaskan pengetahuan saya. Kalau kajian
itu dibuat mengikut lunas dan metodologi yang biasa digunakan dalam survey lain
maka saya akur dengan keputusan survey itu. Tetapi bukan saya sahaja sangsi
dengan keputusan survey; Tan Sri Khalid, Menteri Besar juga turut pertikai
keputusan survey itu. Ramai yang anggap terlalu “coincidental” keputusan
survey disiapkan sebaik sahaja Anwar umum untuk bertanding di Kajang.
Bagaimana Profesor Redzuan boleh kata Tan Sri Khalid tidak faham metodologi
kajian UMCEDEL sedangkan Tan Sri Khalid pakar dalam aspek kuantitatif? Lagi
pula, Profesor Redzuan sendiri pakarkah dalam aspek kuantitatif sebab PhD-nya
guna metodologi kualitatif saja? Profesor Redzuan bercakap tentang politik
Malaysia berdegar-degar ini, beliau pakarkah tentang politik Malaysia sedangkan
PhD-nya adalah tentang politik Timur Tengah yang tak ada orang tahu pun apa
tajuknya dan tak ada orang jadikan rujukan pun?
Profesor Redzuan kata dia tidak bersama-sama Anwar dalam ABIM kerana pada
tahun 1982 Anwar sudah masuk UMNO. Tuduhan saya ialah Profesor ini kawan
rapat Anwar melalui perkaitan dalam ABIM. Tak usahlah Profesor Redzuan
nafikan. Bila Anwar ditahan ISA tahun 1998 dia sebagai Naib Presiden ABIM
antara perancang utama gerakan membela Anwar, cuma hairannya dia tidak
ditahan ISA seperti rakan-rakan ABIM-nya. Rumah Profesor Redzuan di
Sungai Ramal Dalam, Kajang, lubuk bekas pemimpin ABIM. Profesor Redzuan
adalah Pengerusi SYURA, iaitu badan induk yang mengawasi, memandu dan
menasihati aktiviti semua bekas pemimpin ABIM. Profesor Redzuan sering
dijemput menjadi penasihat kepada aktiviti PKR. Dalam Rapat Temu Pemimpin
PKR di Kajang 16 dan 17 Februari lalu pun Profesor Redzuan adalah
salah seorang penceramah utamanya.
Tentang perkataan jilat yang digunakan oleh Profesor Redzuan, saya anggap
itu adalah kesilapan besar. Dalam konteks Anwar, perkataan jilat ini ada
macam-macam konotasi. Saya tidak tahu maksud Profesor; sebagai seorang
kenalan rapat Anwar konteks mana perkataan jilat ini dimaksudkan oleh
Profesor ini perlu diperjelaskan. Kalau tidak, malulah pelajar-pelajar university
terkenal bila Profesor mereka menggunakan perkatan jilat ini sewenang-
wenangnya. Malulah Profesor-Profesor lain di Fakulti Sastera dan
Sains Sosial Universiti Malaya dan di Universiti Malaya seluruhnya bila
Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya guna perkataan
bodoh begitu.
Saya memang masuk PKR dalam tahun 2009. Masa itu saya ingatkan
khidmat saya diperlukan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat untuk
mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat sebagai kuasa politik di
negara ini. Malangnya saya tidak kekal dalam parti itu setelah saya dapati PKR
ini hanya indah khabar dari rupa. Kerana saya masuk PKR setahun,
tidaklah kena tempatnya Profesor Redzuan menuduh saya jilat Anwar; kecuali
Profesor kira saya ini seorang homoseksual yang mungkin suka kapada
kegiatan demikian. Saya ingin jelaskan kepada Profesor bahawa saya bukan
seorang homoseksual dan tidak pernah dalam hidup saya saya menjilat
Anwar atau mana-mana lelaki lain.
Saya ingin sarankan kapada semua Professor dalam Negara kita; jaga lah
nama baik academia; jangan keterlaluan sokongan mereka kapada orang
politik kerana ini akan membuat mereka hilang objectivity. Mereka tidak akan
dihormati jika mereka diperalatkan oleh politik partisan yang keterlaluan.
Jaga nama baik pelajar dan istitusi pendidekan negara.
No comments:
Post a Comment