NUFFNANG

Wednesday 26 March 2014

#MH370 MYSTERY ....NAHAS KAPAL TERBANG MALAYSIA ADALAH KONSPIRASI CIA: PENGANALISIS

NAHAS KAPAL TERBANG MALAYSIA ADALAH KONSPIRASI CIA: PENGANALISIS

Adakah kita sedang terperangkap di tengah tengah konflik?
Malaysia seharusnya lebih berhati hati didalam hal ini, Kini beberapa media CNN dan sekutunya mula mengaitkan Malaysia dengan isu penganas serta memanipulasi kan maklumat agar berlaku konflik diantara China dan Malaysia.Isu ini merupakan lesen TERBESAR mereka untuk menjajah negara ini dengan mudah, tambahan pula “Proksi” mereka berada didalam negara ini.
Melihat beberapa tindakan yang dilakukan oleh CNN , kita sudah mula merasa curiga tentang hal ini. Kita boleh imbas kembali tindakan CNN ini berhubung dengan  kejatuhan Iraq. Kini Malaysia sedeang menghadapi keadaan yang sama dimana manipulasi isu dan maklumat sedang dimainkan oleh CNN. Andauan  ini telah pun diperkatakan oleh saorang penganalisis
Seorang penganalisis telah menimbulkan keraguan berkenaan kesahihan kemalangan yang dilaporkan terhadap pesawat penumpang Malaysia di Lautan Hindi, mengatakan wujudnya konspirasi CIA dalam kemalangan itu.
Dalam satu artikel untuk laman web Press TV, Gordon Duff berkata pesawat yang dikendalikan oleh Malaysia Airlinesdilengkapi “kawalan yang mana membolehkan CIA untuk menerbangkan pesawat itu dari jauhjika berada dalam kes kecemasan.”
Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur awal Isnin, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu maklumat baru satelit menunjukkan pesawat malang itu telah terbang “ke lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana kemungkinan tempat pendaratan.”
Sementara itu, Malaysia Airlines telah menghantar mesej teks kepada saudara-mara semua yang berada di atas kapal Penerbangan MH370 dan mengatakan bahawa pesawat telah terjunam di Lautan Hindi dan tiada yang terselamat.
Duff berkata, “Apa yang kita pasti adalah berdasarkan pengumuman hari ini, satu jalan cerita yang direka dan ianya seolah-olah munasabah dan apa yang kita benar-benar tahu menjadi benar-benar mustahil sedangkan ianya palsu.”
China juga menuntut supaya Malaysia menyerahkan data yang mana menunjukkan pesawat penumpang Malaysia yang hilang itu terhempas di Selatan Lautan India.
“Kita tahu media tidak menangani isu-isu teknikal mudah yang mana mudah untuk ‘fakta itu diperiksa’ di Google yang mana boleh diperbetulkan. Adakah mereka berbohong dengan sengaja? Adakah seseorang memberitahu mereka supaya berbohong?” Tulis Duff.
Penerbangan MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang dari skrin radar awal 8 Mac, kurang satu jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur untuk penerbangan berjadual ke Beijing.
Sekurang-kurangnya 150 warga China berada di atas kapal terbang yang hilang itu. – Press TV
source : rmf 7

No comments: