NUFFNANG

Monday 24 March 2014

PRK DUN KAJANG - UMNO Selangor Terbukti Sangat Lembik Dan Lesu.....

PRK DUN KAJANG - UMNO Selangor Terbukti Sangat Lembik Dan Lesu.....

‎BN Selangor gagal untuk mencipta kemenangan pada Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang yang berlangsung hari ini.

Jentera BN Selangor tak mampu untuk meraih undi dari pengundi pengundi Kajang agar menerima calon dari MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

‎Walaupun atas kertas Chew Mei Fun memiliki kelebihan berbanding calon PKR tetapi pada hari ini rakyat Kajang tetap memilih untuk memberikan undi kepada calon yang BUKAN dari BN...!

Calon dari MCA pernah jadi wakil rakyat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, pernah menjadi Ketua Wanita MCA, pernah juga menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri tetapi itu semua tak berjaya mendapatkan undi dari kaum tionghua seramai 42% daripada keseluruhan ‎39,278 pengundi.

Wan Azizah orang luar...! Bukan warga Selangor...! Bertanding untuk kepentingan peribadi bukan untuk membela nasib rakyat.... Namun beliau tetap dipilih..!

Dimana kelemahan BN dan UMNO Selangor...?

Masih kedengaran bunyi bunyi sumbang "bajet tak turun
.., bajet tak cukup..., UMNO Selangor kemut duit...". Ungkapan yang 'biasa dan standard' dikalangan jentera BN dan UMNO Selangor!

Nantikan kupasan dan ulasannya...

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: