NUFFNANG

Monday 24 March 2014

Wan Azizah kena tunaikan manifesto (manifesto bukan janji?).

Wan Azizah kena tunaikan manifesto

24 MAC : Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun berharap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dapat melaksanakan tugas sebagai anggota dewan undangan negeri (ADUN) Kajang dengan penuh dedikasi dan menunaikan manifesto yang dikemukakan.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Presiden PKR itu atas kemenangan dalam PRK Kajang, Chew berharap semua masalah tempatan yang telah tertangguh akan dapat diselesaikan.
“Saya rasa Wan Azizah mendapat undi simpati tapi kita juga berjaya mengurangkan majoriti. Saya rasa itu saja memadai itu kita raikan sebagai kejayaan kecil,” katanya yang ditemui di Dewan Gerakan BN di Bukit Angkat, Kajang.
cmftionglai
Chew menerima ucapan tahniah daripada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana dapat mengurangkan majoriti Wan Azizah
Meskipun kalah, BN berjaya menurunkan majoriti dan pada masa yang sama menambahkan sokongan pengundi Cina daripada 18 kepada 25 peratus berbanding sebelum ini.
Naib Presiden MCA itu juga berkata beliau selepas ini akan memberi tumpuan penuh terhadap urusandalaman parti.
Beliau bertanggungjawab terhadap  Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Biro Pendididkan Politik dan Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang undi dan tak undi kepada saya. Saya hormat apapun yang mereka buat keputusan yang mereka buat dan saya akan teruskan perjuangan saya dalam politik”, katanya.
Wan Azizah memperoleh kemenangan dengan majoriti 5,379 undi menjadikan PKRmendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi.
Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya hari ini.
Angka itu turun berbanding pilihan raya umum lalu sebanyak 88.40 peratus. – bnbbc.my
source : bnbbc

No comments: