NUFFNANG

Saturday, 19 July 2008

Anwar : Dari satu syarat ke satu syarat...

Dari satu syarat ke satu syarat...July 19, 2008

Kalau dah tak percaya sangat…Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melihat sendiri proses ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengetahui keputusannya.

“Buat sekarang.Saya nak tengok”.

"Dia kata dia tak buat apa-apa. Tengoklah. Tentu hasilnya tidak membuktikan sesuatu yang dia tidak lakukan. Itu caranya... apa susah sangat?"

Itu juga menjadi pandangan ramai orang yang rasa ding dong pasal ujian DNA keatas Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sudah jadi berbelit-belit dan panjang cerita.

Abdullah memberi komen itu Jumaat semasa menjawab soalan mengenai keengganan Anwar buat ujian DNA dalam siasatan kes dakwaan liwat oleh bekas pembantunya Saiful Bukhri Azlan selepas melancarkan Teksi Hydrofuel di Dataran Masjid Putrajaya.

Tinjauan rambang Agendadaily mendapati kebanyakan sudah naik harian mengapa Anwar takut sangat nak bagi sampel darahnya untuk ujian DNA.

“Dulu minta bersumpah tak mau,sekarang nak buat DNA bagi syarat macam-macam.

Kita sendiri sudah mula fikir yang bukan-bukan kalau sampai macam tu sekali.

“Betul macam kata Pak Lah kalau takut sangat ada kong kali kong dalam ujian itu bagi darah tunggu dan tengok sendiri dari awal hingga ke akhir ujian.

Nak puashati buat siaran langsung di televisyen bagi seluruh rakyat Malaysia tengok sama masa ujian dibuat,”kata salah seorang yang ditemui.

Rata-rata menyuarakan pendapat tidak mahu ‘perdebatan’ pasal ujian DNA itu berlarutan sedangkan ia boleh diselesaikan menerusi ujian yang boleh disaksikan oleh semua pihak yang berkaitan.

“Kalau tak salah takut apa…ini sampai Perdana Menteri kena bagi jalan suruh tengok sendiri ….sampai begitu sekali masih tak setuju lagi…entahlah.

“Saya kalau tak salah apa-apa masuk masjid angkat sumpah…nah ambil darah cepat-cepat buat ujian habis cerita,”kata seorang yang lain.

Semasa memberi komennya Perdana Menteri menjelaskan polis memerlukan sampel DNA baru Anwar kerana sampel yang ada sudah disimpan terlalu lama.

“Itu sudah lama. Kena minta sampel barulah. Apa salahnya.”katanya.

Polis sedang menyiasat kes dakwaan pembantu Anwar kononnya Anwar meliwatnya dan setakat ini Anwar sudah memberikan keterangan kepada polis tetapi enggan memberikan sampel DNA kerana khuatir ia akan dimanipulasi.

Mengenai perhatian kerajaan Amerika Syarikat dan Jepun kononnya kes itu bermotifkan politik, Abdullah berkata ia tidak betul. "Tak ada. Tidak ada sebarang konspirasi atau pun apa-apa tindakan yang nak menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak ada. Toksah dok percayalah," katanya.

Abdullah berkata kerajaan sememangnya mahu kes itu diselesaikan dengan segera.

Mengenai permintaan Anwar supaya Perdana Menteri memberi jaminan siasatan polis akan dijalankan secara profesional, Abdullah memberikan jaminan itu. "Dia (Anwar) akan dilindungi oleh undang-undang yang ada. Kita mesti patuh dengan undang-undang. Pihak berkuasa juga patuh dengan undang-undang. Kita ada undang-undang. Undang-undanglah yang akan menjadi pedoman untuk kita nak bertindak atau ambil apa-apa langkah dan tindakan," kata Abdullah.

Peguam Anwar R. Sivarasa pada sidang akhbar petang Jumaat meletakan syarat mahu semua pemeriksaan perubatan dan sampel yang diambil dari Mohd Saiful, disahkan secara bebas sebelum beliau mempertimbangkan untuk menjalani sebarang analisis DNA.

“Terlebih dahulu semua pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel berkaitan pengadu (Mohd Saiful) perlu ditentusahkan secara bebas dan dilakukan secara profesional tanpa sebarang campur tangan polis.

“Hanya selepas itu sahaja, Datuk Seri (Anwar Ibrahim) akan mempertimbangkan untuk menyertai sebarang analisis DNA,” katanya.

Mengulas langkah polis mendapatkan perintah mahkamah bagi mengambil sampel darah Anwar untuk analisis DNA.

Sivarasa berkata: “Langkah itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang Malaysia.”

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis menimbang mendapatkan perintah mahkamah bagi Anwar memberi sampel darahnya untuk ujian DNA.

Sementara itu pada Jumaat malam ketika menyampaikan ceramah politik yang dihadiri lebih 1,000 orang di Cheng,Melaka Anwar telah memberi syarat baru yang lain pula.

Beliau meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.

"Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.

"Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian),

ketiga tempat mana dan

keempat di mana saksi," katanya.

Katanya sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah. Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya "corrobotive evidence" (bukti yang memberi pengesahan).

"Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil .. ingat," katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah. Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun.

kzso - anwar sekarang panik dan gabra. kalau dia benar, jujur dan ikhlas dia tidak perlu takut dan memberi pelbagai syarat. lepas ini dia minta darah nyamuk betina laaa, air mata anak teruna yang belum baligh laa dan nama-nama mereka, saksi perlulah tak pakai specs (vision 20/20).

"Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat -
lawak bodo anwar, kalau tengah kemaruk tak kira umur ler ; macam mengaku ada something jer

"Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian) - kenapa ada banyak tempat ke? kalau ia tidak berlaku anwar boleh sediakan bukti masa perbicaraan.

ketiga tempat mana - tempat mana? sama jer mcm syarat kedua?

keempat di mana saksi," katanya - nak liwat kena ada saksi ker?. tak ke bodo namanya. kita minta bersaksikan Allah SWT dan malaikat yang berdua, senang cerita sumpah mubahalah ajer laaa anwar. itu saksi yang paling releven.

No comments: