NUFFNANG

Monday 17 March 2014

#PRKKajang Wan Azizah HINA Tentera Malaysia

#PRKKajang Wan Azizah HINA Tentera Malaysia

Kajang, 17 March 2014. Ketika rakyat Malaysia khususnya dan serata dunia Am nya sedang bersedih dengan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines serta penumpang dan anak kapalnya baru-baru ini, terdapat sesetengah pemimpin yang sanggup mempolitikkan kejadian tersebut demi kepentingan mereka sendiri. 

Terbaru, calon Pilihanraya Kecil DUN Kajang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkritik cara usaha kerajaan Malaysia dalam menangani
insiden tersebut di dalam ceramah kempennya di Kajang baru-baru ini. Beliau dengan sewenang-wenangnya mempermainkan emosi dan perasaan ahli keluarga penumpang serta anak kapal yang sekarang ini masih lagi bersedih dengan insiden itu.

Dalam kempen ceramahnya, Wan Azizah menghina kelengkapan Tentera Malaysia dengan mendakwa kapal selam Scorpene milik Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) tidak mampu menyelam dan hanya digunakan sebagai muzium sahaja. “Kita submarine (kapal selam) kan? Tapi tak boleh tenggelam.. tak boleh pakai.. saya diberitahu kapal selam yang dimiliki itu sekarang digunakan sebagai muzium,” katanya.
          
Menurut beliau, pakar dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain menggunakan tekonologi canggih untuk mencari pesawat MH370 tetapi Malaysia hanya menggunakan bomoh yang jelas melanggar syariat Islam. “China, kerana dia mempunyai paling ramai warganya penumpang dalam pesawat itu menggunakan satelit sana, satelit sini.. Tengok, Singapura pakai kapal selam pergi mencari.. Malaysia pakai… bomoh. “Naik tikar, kita ada satu filem dalam P Ramlee dulu “Laksamana Do Re Mi”, itu memang dongeng,” katanya dalam ceramah itu. -UtaraNews.com

source : utara news

1 comment:

Anonymous said...

kau memang seorang NENEK yang BODOH..Aku sebagai MELAYU malu dengan kebodohan,kepura-puraan kau..
Nampak sangat dia nia tak baca berita atau menonton siaran langsung
perihal aktiviti kerajaan Malaysia juga dengan bantuan negara lain..dah diberitahu submarine tentera adalah untuk pertempuran BUKAN untuk Search and Rescue..