NUFFNANG

Tuesday 18 March 2014

PRK Kajang: Kenal yang mana intan dan yang mana kaca

PRK Kajang: Kenal yang mana intan dan yang mana kaca

Tatkala gambar kain terselak Elizabeth Wong didedahkan pada tahun 2009, Wanita MCA telah mengeluarkan kenyataan akhbar berikut:
“Wanita MCA empathizes with Bukit Lanjan state assemblywoman Elizabeth Wong surrounding her private life according to the latest reports. We are outraged by such shameful acts of using women as sexual objects.  It is an outright invasion of the privacy of women as well as an exploitation of women.
“We condemn the actions [taking Elizabeth's photographs without her consent or knowledge] …”
Kenyataan tersebut dikeluarkan pada 16 Feb 2009 oleh ketua Wanita MCA ketika itu, Chew Mei Fun.
chewMeiFun
Selang 5 tahun, Elizabeth Wong pula yang sebaliknya melontarkan kata-kata kesat dan berbisa terhadap Chew Mei Fun dengan mengata naib pengerusi MCA tersebut sebagai seorang pemimpin yang bersikap “hipokrit, bermuka-muka dan berintegriti sifar”.
Elizabeth Wong juga mendakwa Chew seorang wanita yang “tidak berakhlak” kerana sanggup berkongsi pentas dengan Perkasa, sebuah pertubuhan yang dianggap sebagai rasis oleh puak Dapster.
Kata Elizabeth:
“She [Chew] colluded with Perkasa without hesitation to fish for Malay votes. This is double-faced. Her integrity is bankrupt and she has no morality to contest in the Kajang by-election.”
— lihat rencana Malaysiakini bertajuk ‘Photos show Wee also shared stage with Perkasa’ (7 Mac 2014); screenshot SINI.
EliWongNikAziz
Alim-alim Eli Wong

Fitnah dan serangan peribadi adalah lumrah mereka

Presiden Perkasa Ibrahim Ali kelmarin mengulas tindakan jentera pembangkang yang mengedar gambar beliau dengan Chew yang telah dipalsukan.
Katanya, “Fitnah dalam kalangan pembangkang semakin menjadi-jadi dan mereka menggunakan pendekatan matlamat menghalalkan cara melalui pengedaran sepanduk dan pelbagai gambar yang direka” (Utusan, 16 Mac 2014).
Selain gambar Ibrahim dan Chew yang di’Photoshop’, ada juga sebuah gambar palsu Chew berposing dalam bikini yang tersebar dengan luas di laman sosial. — ruj. ‘MCA sees red over fake ‘Chew in “bikini” photo
Teguran daripada ketua Wanita MCA Heng Seai Kie hari ini:
“I am saddened that the Barisan Nasional candidate for Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun has fallen victim to Opposition online bullies who have superimposed photographs Mei Fun’s appearance unto indecent and explicitphotos.
“Most definitely, these unsavoury images are intended to tarnish Mei Fun’s image and assassinate her character. Furthermore, they have even launched personal attacks against Mei Fun.” (Kenyataan akhbar: ‘Unscrupulous internet bullies who spread deceitful images to victimise Mei Fun warrant condemnation‘)
ogre

What kind of people are they?

Namun reaksi penyokong pembangkang sudah boleh dijangka. Bagi mereka, tiada apa-apa pun yang tidak betul dalam usaha mencemarkan nama dan maruah calon MCA di Kajang itu.
Di bawah ialah satu contoh tohmahan yang berbentuk begitu menghina sekali. Ia dibuat oleh seekor Dapster yang disiarkan Malaysiakini hari ini dalam ruangan komen pembaca.
Komen oleh pembaca Malaysiakini yang menggunakan nama samaranAnonymous$&@? adalah berbunyi, “Chew that not likely you [in bikini], you should be in your 4 legs with a tail!!

The J-Star kurang buat liputan

Saya perhatikan bahawa portal-portal pembangkang sengaja memilih untuk menyiarkan gambar Chew Mei Fun yang ditangkap jurugambar dari sudut yang kurang elok padahal wanita itu sebenarnya “boleh tahan cantik“, mengikut kata timbalan pengerusi BN Muhyiddin Yassin.
Media pembangkang (termasuk The J-Star) tampak jelas sekali enggan memberikan apa-apa kelebihan kepada Chew, termasuk menonjolkan keterampilan beliau yang kelihatan lawa. Kecondongan pengarang portal-portal kepada pembangkang adalah pada tahap di mana profesionalisme mereka sudah lesap.
BAWAH: Gambar lawatan Chew ke Persatuan Kebajikan Watina Ikhsan disiarkan hari ini di dalam NST. (The J-Star tidak membuat liputan program Chew ini.)
chew mei fun kids
Gaya bersahaja Chew Mei Fun — gambar NST

Telefon saya 24 jam akan ‘ON’

Itu janji @chewmeifun sekiranya beliau menang #PRKKajang #PilihMeiFun — blog Cucu Tok Selampit
chew mei fun 24 hours
Kalau begitu kata Chew Mei Fun, saya yakin beliau akan menunaikan janji “on call” 24/7 nya.
Chew Mei Fun adalah pemimpin berwibawa dan genuine (tidak pandai berpura-pura atau mengada-ngada macam politikus evangelista DAP).
Gambar NST
Gambar NST / J-Star kurang berminat membuat liputan
Adakah calon ini, yang sebaik-baiknya yang harus dipilih oleh pengundi Cina, akan diberi sokongan oleh masyarakat sasaran? Kita tengok nanti trend pengundi Cina di Kajang
source : helen ang's blog

No comments: