NUFFNANG

Thursday 13 March 2014

HOT ! Pesawat MH370 terbang empat jam selepas hilang dari radar, lapor WSJ


HOT ! Pesawat MH370 terbang empat jam selepas hilang dari radar, lapor WSJ

Gambar laporan Wall Street Journal and mengesyaki pesawat Malaysia Airlines MH370 berada di udara selama empat jam selepas dikesan pada lokasi terakhir. – Gambar diambil dari lamn web Wall Street Journal Asia, 13 Mac, 2014. Gambar laporan Wall Street Journal and mengesyaki pesawat Malaysia Airlines MH370 berada di udara selama empat jam selepas dikesan pada lokasi terakhir. – Gambar diambil dari lamn web Wall Street Journal Asia, 13 Mac, 2014.
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawatMalaysia Airlines MH370 berada di udara selama empat jam selepas dikesan pada lokasi terakhir, lapor akhbar Wall Street Journal hari ini.
Akhbar perniagaan itu mengatakan ini memungkinkan pesawat Boeing 777-200ER terbang tambahan beratus kilometer dalam keadaan yang masih tidak dapat dipastikan.
Penyiasat penerbangan dan pegawai keselamatan AS percaya pesawat tersebut terbang selama lima jam berdasarkan data yang boleh dimuat turun secara automatik dan dihantar melalui enjin Boeing 777 sebagai penyelenggaraan rutin dan program pemantauan, lapor akhbar itu.
Ini menimbulkan persoalan baru dan kemungkinan tentang apa yang berlaku terhadap pesawat yang membawa 239 orang yang hilang daripada menara kawalan hujung minggu lalu setelah sejam terbang dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Enam hari selepas kehilangan pesawat misteri itu, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan meskipun belum membuahkan hasil setelah kawasan mencari diperluaskan. – 13 Mac, 2014.
source : mi

No comments: