NUFFNANG

Wednesday 19 March 2014

#MH370 MYSTERY : PANAS BERAPI! KENAPA ADA LANDASAN DIEGO GARCIA DALAM SIMULASI KAPTEN ZAHARIE?

PANAS BERAPI! KENAPA ADA LANDASAN DIEGO GARCIA DALAM SIMULASI KAPTEN ZAHARIE?

KUALA LUMPUR – Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan 
penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari 
rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian. 

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu 
sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang 
dipandu oleh Zaharie. 

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa 
Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi 
landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter. 

“Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat 
di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator 
penerbangan Zaharia,” kata sumber tersebut kepada Berita Harian. 

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan 
Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam. 

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk 
kehilangan MH370 yang masih misteri. 

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 
penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka. 

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan 
juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan. 

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama 
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari 
MH370. 

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di 
landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, 
bukit atau kawasan lapang yang sesuai. – www.astroawani.com

HOUSE PK:  Apa benda ni? Kenapa dia buat simulasi dengan landasan yang dimiliki 
oleh tentera Amerika ni? Simulasi untuk mendarat kat sana? Hmmmm, aku bukan nak menuduh 
tapi aku makin RASA TAK SEDAP HATI dengan Kapten ni...

What say you?

No comments: